Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459131
Title: Strategi dan persepsi pelajar non-muslim dalam mempelajari bahasa Arab di Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Nur Khadijah Abu Bakar (P67957)
Supervisor: Zamri Arifin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pelajar non-muslim
Bahasa Arab
Universiti Kebangsaan Malaysia
Model Strategi Pengajian Bahasa
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Apr-2016
Description: Mempelajari bahasa asing memerlukan bimbingan di peringkat permulaannya. Dengan kaedah yang berstrategi, setiap individu boleh mendalami bahasa secara kendiri. Di Fakulti Undang-undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia, pelajar non-Muslim diwajibkan mengambil kursus bahasa Arab pada semester I bagi memahami teks-teks bahasa Arab yang diguna pakai dalam subjek undang-undang Islam. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran di dalam dan di luar kelas dalam kalangan pelajar non-Muslim FUU,UKM dalam mempelajari bahasa Arab. Kajian ini turut mengkaji persepsi mereka dan menganalisis hubungan pencapaian pelajar berdasarkan strategi yang digunakan. Model Strategi Pembelajaran Bahasa oleh Mohamed Amin Embi (2000) telah diadaptasikan untuk memenuhi objektif kajian. Sampel meliputi 37 orang pelajar non-Muslim yang telah mengikuti kursus Bahasa Arab Persediaan untuk Fakulti Undang-undang (SKVA2552) selama satu semester. Data kuantitatif dianalisis secara statistik deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan, skor min dan sisihan piawai menggunakan perisian SPSS Statistics 22. Hasil dapatan kajian menunjukkan strategi yang paling digemari dan dipraktikkan oleh pelajar ketika di dalam kelas adalah 'pelajar meminta penjelasan semula daripada kawan-kawan jika tidak memahami penjelasan guru tentang bahasa Arab'(min=3.24). Manakala strategi di luar kelas, 'pelajar mencatat perkataan yang baru dipelajari'(min=2.73) paling digemari. Kajian juga mendapati persepsi pelajar terhadap pensyarah mereka yang sangat membantu merupakan suatu tarikan untuk mendalami bahasa Arab dan penggunaan transliterasi dalam pembelajaran bahasa Arab adalah penting. Kajian ini menyumbang kepada penyediaan maklumat penting tentang pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab dalam kalangan pelajar non-Muslim di Malaysia. Implikasi kajian mencadangkan strategi yang diguna pakai oleh pelajar non-Muslim boleh dijadikan panduan sebagai langkah permulaan kepada pelajar umumnya untuk mempelajari dan mendalami bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 92
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84460+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
502.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.