Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459123
Title: | Penterjemahan dan interpretasi homonim dalam al-Quran al-Karim :satu kajian bandingan |
Authors: | Roslan Ali (P44799) |
Supervisor: | Maheram Ahmad, Dr. |
Keywords: | Homonim - Al-Quran Arabic language Homonyms |
Issue Date: | 26-Nov-2012 |
Description: | Kajian ini merupakan kajian penterjemahan dan interpretasi homonim dalam al-Quran al-Karim. Homonim merujuk kepada sekumpulan perkataan yang berkongsi ejaan dan sebutannya tetapi membawa makna yang berbagai atau berbeza antara satu sama lain. Dalam bahasa Arab, istilah ini dikenali sebagai mushtarak lafzi. Data dalam kajian ini pula diambil daripada kitab terjemahan al-Quran al-Karim yang berjudul Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (TPR) dan al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QMMT). Kedua-dua kitab ini merupakan produk di bawah Akta Penerbitan Malaysia dan dikawal ketat oleh kerajaan Malaysia sendiri. Permasalahan utama kajian ini ialah mengenai ketidakseragaman terjemahan homonim dalam kedua-dua kitab tersebut akibat daripada perbezaan interpretasi dan makna yang disimpulkan oleh para pentafsir. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mencari padanan terjemah/makna yang sehampir mungkin atau yang paling sejadi dalam bahasa Melayunya. Bagi tujuan tersebut, kajian ini telah menerapkan gabungan ilmu semantik (linguistik) dan pragmatik (bukan linguistik) secara bersepadu bagi melihat kewajaran dan kebolehterimaan terjemahan yang dihasilkan. Di samping itu juga, tesis ini turut memperlihatkan pandangan para ulama tafsir muktabar apabila berinteraksi dengan homonim. Perkara ini penting kerana ia melibatkan penterjemahan al-Quran al-Karim atau teks agama. Secara umumnya, kajian ini bersifat kualitatif kerana ia menekankan kepada penghasilan sesuatu makna. Selain daripada itu, ia juga merupakan kajian korpus kerana ia berkait rapat dengan pengumpulan data dalam TPR dan QMMT. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa kebergantungan kepada teori semantik semata-mata tidak cukup untuk membantu penyelidik mendapatkan makna sebenar sesuatu ujaran tanpa digandingkan dengan teori pragmatik. Sebagai kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan peranan dan kepentingan teori pragmatik dalam keberkesanannya menangani masalah yang sukar dalam bidang penterjemahan, termasuk penterjemahan dan interpretasi homonim dalam al-Quran al-Karim. This is a translation and interpretation study of homonyms in the Holy Quran. Homonyms refer to a group of words that have similar spellings and pronunciations but carry different meanings. In Arabic, this terminology is known as mushtarak lafzi. The data used in this study are taken from two translations of the Holy Quran entitled Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (TPR) and al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QMMT). Both of these books are products under the Malaysian Publication Acts and are strictly controlled by the Malaysian government. In this study the main research question is about inconsistencies of homonyms in the translated texts due to differences in interpretations and meanings by the Quranic translators. Therefore, this study aims to find a congruent translation for the exact meaning of homonyms in the Malay language. To realize this goal, this study incorporated a combination of semantic and pragmatic knowledge in an integrated manner to see the suitability and the admissibility of the resulting translation. In addition, it also puts forward the interpretation of homonyms based on the interaction of Islamic scholars. This matter is important because it involves the Holy Quran translation or religious text. Basically, this is a qualitative research because its stresses on the production of meaning. In addition, it is also a based corpus research because it is related to data collection in both the TPR and QMMT. The findings prove that the reliance on semantic theory alone is not sufficient to achieve the real or correct intended meaning of an utterance without the help of a pragmatic theory. To sum up, this study proves the role and significance of a pragmatic theory in its effectiveness of dealing with a difficult problem in the field of translation, including translation and interpretation of homonyms in the Holy Quran.,Ph.D |
Pages: | 322 |
Call Number: | PJ6696.Z5 H667 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84439+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.