Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459109
Title: | Kefahaman dan penghayatan qadar dalam kalangan masyarakat menengah Melayu Muslim di Putrajaya |
Authors: | Siti Balkis Ismai (P67050) |
Supervisor: | Abdull Rahman Mahmood.Dr |
Keywords: | Qadar Free will and determinism |
Issue Date: | 28-Aug-2015 |
Description: | Keyakinan dan kepercayaan kepada Qadar merupakan salah satu daripada rukun Iman yang wajib ke atas setiap orang Mukmin untuk mengimaninya. Ia bermaksud yakin secara mutlak dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sejak azali. Keyakinan yang kukuh terhadap Qadar berupaya menzahirkan individu yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan dengan kehidupan dengan lebih rasional. Namun sebilangan manusia didapati mengabaikan konsep Qadar dan gagal menerapkan konsep ini dalam menangani masalah yang berkaitan kehidupan, malah terdapat juga sebilangan masyarakat yang menyalahtafsirkan maksud konsep ini dengan menganggap qadar adalah pemaksaan Allah s.w.t terhadap hamba-Nya. Oleh itu, kefahaman dan penghayatan qadar dalam kalangan masyarakat golongan kelas menengah Melayu Muslim adalah sangat penting untuk dikaji. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat golongan kelas menengah Melayu Muslim terhadap qadar dan mengenalpasti penghayatan masyarakat mengenai konsep ini dalam amalan kehidupan mereka. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data yang diperoleh akan dianalisis melalui perinsian Statistical Package for Social Science Window Version 21.0 (spss). Seramai 256 orang responden telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak dalam kalangan golongan kelas menengah Melayu Muslim. Kajian ini juga turut menggunakan kaedah kualitatif dan temubual telah dijalankan sebagai alat sokongan kepada dapatan data kuantitatif. Kajian ini penting dilakukan bagi memperlihatkan tahap kefahaman masyarakat terutamanya dalam kalangan golongan kelas menengah Melayu Muslim serta mengenalpasti penghayatan golongan ini mengenai konsep qadar dalam amalan kehidupan harian. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat adalah pada tahap yang tinggi (min = 4.40) manakala penghayatan masyarakat mengenai konsep ini adalah pada tahap sederhana tinggi (min = 3.27). Justeru, nilai correlationnya adalah (r = .007, p < 0.01) menunjukkan bahawa nilainya mempunyai hubungan yang signifikan walaupun ia pada tahap yang kecil. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kefahaman bukanlah satu faktor yang utama dalam mempengaruhi tindakan bagi melahirkan amalan konsep qadar. Namun, penghayatan konsep qadar boleh juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti latar belakang pendidikan dan sebagainya.,Master / Sarjana |
Pages: | 115 |
Call Number: | BP166.3.S57 2015 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.