Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459100
Title: Nilai dalam sains Islam
Authors: Rozita binti Che Mustapha (P60432)
Supervisor: Roziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sains Islam
Islam and science
Issue Date: 15-Jan-2015
Description: Kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan yang dikemukakan oleh Einstein, Ravetz dan Azizan yang menggambarkan bahawa sains tidak bebas nilai atau dengan kata lain sains terikat dengan nilai. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti keperluan nilai dalam sains, menganalisis nilai yang wujud dalam sains Islam dan membandingbezakan antara sains Islam dengan sains Barat. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpul menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan penerangan dan membuat interpretasi sendiri terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Penganalisisan data pula mengggunakan pendekatan tematik, pendekatan deskriptif dan pendekatan perbandingan. Pendekatan tematik digunakan secara khusus untuk memperincikan tinjauan literatur. Pendekatan deskriptif pula digunakan untuk membincangkan keperluan nilai dalam sains dan juga nilai-nilai yang terdapat dalam sains Islam, manakala pendekatan perbandingan pula digunakan ketika membincangkan mengenai perbezaan antara sains Islam dengan sains Barat. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai diperlukan dalam sains kerana lima faktor iaitu keupayaan akal manusia adalah terbatas, alam perlu dimanfaatkan untuk kebaikan manusia, sains mempunyai hubungan yang harmoni dengan agama, sains terikat dengan budaya dan sains mempunyai identiti tersendiri. Dari segi nilai pula, kajian mendapati bahawa terdapat tiga nilai dalam sains Islam iaitu nilai agama, nilai budaya dan nilai sejagat. Hasil kajian juga turut menunjukkan bahawa sains Islam berbeza daripada sains Barat dari segi sains Islam berpaksikan wahyu dan sains Barat berpaksikan rasional; sains Islam berkonsep sepadu dan sains Barat berlandaskan material; sains Islam sarat nilai dan merentasi budaya dan sains Barat bebas nilai; sains Islam berorientasi masyarakat dan sains Barat individualistik; serta matlamat tidak menghalalkan cara bagi sains Islam dan matlamat menghalalkan cara bagi sains Barat. Kajian ini memberi implikasi kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikannya sebagai salah satu daripada sukatan mata pelajaran dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam selaras dengan misi KPM yang mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia.,Master / Sarjana
Pages: 79
Call Number: BP190.5.S3.R648 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84165+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.