Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459085
Title: | Penguatkuasaan perundangan zakat di Selangor dan Negeri Sembilan |
Authors: | Nazira Alis (P58329) |
Supervisor: | Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | perundangan zakat Zakat Malaysia Selangor Negeri Sembilan |
Issue Date: | 5-Feb-2013 |
Description: | Kepatuhan umat Islam dalam menunaikan kewajipan berzakat didakwa masih belum mencapai tahap yang maksimum, walaupun jumlah kutipan zakat meningkat saban tahun. Fenomena ini menunjukkan bahawa pendekatan kutipan zakat yang dilaksanakan perlu lebih tegas bagi meningkatkan kepatuhan umat Islam menunaikan zakat. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis penguatkuasaan perundangan zakat di Selangor dan Negeri Sembilan. Kajian juga bertujuan untuk mengkaji hukum penguatkuasaan kutipan zakat oleh pemerintah Islam, selain amalan pelaksanaannya pada zaman kegemilangan Islam. Rekabentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual separa struktur terhadap enam orang pegawai daripada institusi zakat negeri, pihak penguatkuasa agama serta pegawai syariah dari bahagian pendakwaan di Selangor dan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan perbandingan dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati, penguatkuasaan undang-undang zakat masih di tahap rendah walaupun ia telah diperuntukkan dalam enakmen. Institusi zakat di kedua-dua negeri tersebut masih menggunakan pendekatan dakwah dan pendidikan dalam mengatasi masalah keengganan menunaikan zakat dalam kalangan umat Islam. Pihak berkuasa yang mempunyai bidangkuasa membuat penguatkuasaan juga memilih pendekatan menunggu aduan rasmi sebelum tindakan penguatkuasaan boleh dilakukan. Selain itu, undang-undang zakat yang ada di Selangor adalah lebih lengkap dan terperinci berbanding di Negeri Sembilan.,Though the total amount of zakat's collection is rising each year, but Muslims' compliance with this obligation has not reached its optimum level. This phenomenon shows that the approach in enforcement of collection of zakat should be strictly implemented in order to improve Muslim's level of observance of zakat obligation. Therefore, the main objective of this study is to analyze the enforcement of zakat law in Selangor and Negeri Sembilan. Also, this research aims to study the provision and practice of enforcement of zakat's collection by Muslim's rulers during the golden era of Islam. The research design chosen in this study is content analysis. Data was collected through document analysis and semi-structural interview with six participants from zakat management group, religious enforcement group as well as the religious prosecution group in Selangor and Negeri Sembilan. This study uses descriptive and comparative approaches in analyzing the data collected. The findings of the research show that the enforcement of zakat law is weak besides the existance of legal provisions about zakat in the enactment. Zakat institute in these two states still use dakwah and educatory approaches in overcoming the problem of weakness in compliance with the obligation of zakat among Muslims. The enforcement authority chooses the use of official complain approach before the enforcement can be carried out. Other than that, the existing zakat related law in Selangor is more elaborate and complete when compared to that of Negeri Sembilan State.,Master/Sarjana |
Pages: | 163 |
Call Number: | BP180.N349 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84069+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.