Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459082
Title: Ketepatan padanan terjemahan al-dilalah al-mu'jamiyyah, al-dilalah al-sarfiyyah dan al-dilalah al-nahwiyyah dalam terjemahan hadith dalam Syamail Muhammadiyah (PTS)
Authors: Muhammad Hosnee Zainal Abidin (P56897)
Supervisor: Md. Nor Abdullah
Keywords: Hadith
Collected works
Issue Date: 5-Jul-2013
Description: Bidang terjemahan Hadith adalah salah satu ruang yang telah dibuka sejak sebelum merdeka lagi dan menjadi semakin aktif sejak akhir-akhir ini. Namun terjemahan Hadith bukanlah seperti bidang terjemahan yang lain kerana penterjemah Hadith memikul amanah yang lebih berat, dan cara memahaminya mesti meliputi segala aspek yang bukan sahaja dalam perbahasan ilmu bahkan segala sudut daripada bahasa Arab terutamanya ilmu al-Dilalah. Akibat daripada tidak memahami al-Dilalah dengan baik akan menyebabkan maksud sebenar Hadith tidak dapat dicapai. Kajian ini bertujuan melihat peranan tiga jenis al-Dilalah iaitu al-Mucjamiyyah, al-Sarfiyyah dan al-Nahwiyyah dalam terjemahan Hadith kerana ia antara elemen penting yang wajib difahami dengan teliti daripada teks Hadith sebelum terjemahan dibuat. Kajian ini berasaskan kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen-dokumen termasuklah karya asli dan terjemahan. Kajian ini meneliti terlebih dahulu kitab syarah Hadith daripada ulama muktabar bagi mendapatkan al-Dilalah Hadith yang tepat, selanjutnya barulah diterjemahkan dan dibandingkan dengan terjemahan buku Syamail Muhammadiyah (PTS). Akhirnya, dianalisis peranan salah satu atau ketiga-tiga jenis al-Dilalah dalam terjemahan teks Hadith. Hasil kajian ini mendapati bahawa al-Dilalah Hadith tidak boleh difahami melalui teks zahir semata-mata bahkan penterjemah mesti merujuk kepada kitab-kitab syarah Hadith bagi memahami dan mendapatkan al-Dilalah yang sebenar. Secara khusus, hasil daripada analisis 56 buah Hadith, kajian ini mendapati sebanyak lapan Hadith yang jelas kesalahannya dalam terjemahan yang dibuat dan terdapat 22 terjemahan Hadith yang masih kabur serta tidak sempurna.,Translation of Hadith was a field of knowledge explored from before Independence, and lately it has become more active. However, that field is not as easy as other fields of translation because translation of Hadith demands a strong honesty as Hadith is related to Islamic creeds and law. To determine the right requirement of Hadith, every aspect of the discussions of Islamic knowledge, Hadith Knowledge and even all angles of Arabic language especially knowledge of dilālah must be mastered first before the process of translation can be implemented. This study is intended to look at three types of dilālah, namely al-mucjamiyyah, al-sarfiyyah and al-nahwiyyah in translation of Hadith because they are of the important elements that need to be comprehended and that arise in the text of Hadith itself. This study is based on library research with an analysis of documents including that of the original work and its translation. This study begins with an analysis of the explanatory works of authoritative scholars in order to achieve the right dilālah of Hadith, subsequently the target Hadith is translated and compared with its translation in the work Syamail Muhammadiyah (PTS). Finally, the role of one of or of all three types of dilālah in the translated text of Hadith is analyzed. It is found in this study that the dilālah of Hadith is unintelligible by merely looking at the outward of the Hadith but the translator concerned needs to refer to the explanatory works of Hadith to comprehend and pin down the right dilālah. In specific, it is found that having analyzed 56 texts of Hadith, this study identifies eight texts of Hadith which are obviously wrong in translation and 22 texts of Hadith which are vaguely translated and incomplete.,Master/Sarjana
Pages: 161
Call Number: BP135.A158M844 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84064+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.