Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459062
Title: Kefahaman waqf dan ibtida' dalam kalangan imam masjid di Daerah Petaling Selangor Darul Ehsan
Authors: Muhammad Syafee Salihin Hasan (P67081)
Supervisor: Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
Keywords: Waqf
Ibtida'
Imam masjid
Al-Quran
Petaling
Selangor
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-May-2016
Description: Waqf dan ibtida' adalah disiplin penting dalam pengajian ilmu tajwid al-Quran. Penguasaan dalam disiplin dan memiliki kefasihan bacaan menjadi suatu kemestian kepada setiap imam yang ingin memahami dan menghayati al-Quran. Namun demikian tahap penguasaan mereka dalam waqf dan ibtida' membimbangkan. Kesalahan dalam waqf dan ibtida' memberi implikasi negatif kepada penyimpangan makna pemahaman al-Quran yang sebenar. Justeru objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan konsep asas dalam menentukan kesahihan waqf dan ibtida' dan mengenal pasti tahap kefahaman imam dalam ilmu waqf dan ibtida' serta menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakpatuhan dalam permasalahan waqf dan ibtida' para imam di daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Rekabentuk kajian ialah kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada para imam di seluruh daerah Petaling. Kaedah pemilihan sampel kajian adalah persampelan rawak mudah. Daripada keseluruhan soal selidik tersebut sebanyak 72 maklumbalas diterima daripada para imam. Kajian ini diperkuatkan lagi melalui pendekatan kualitatif menggunakan kaedah observasi ke atas bacaan para imam di 22 buah masjid bagi mengenalpasti tahap pembacaan para imam khususnya dalam ilmu waqf dan ibtida'. Data soal selidik telah dianalisis dengan mengunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 20.0), manakala data observasi pula dianalisis secara deskriktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan konsep asas dalam waqf dan ibtida' adalah sangat penting kepada setiap pembaca al-Quran supaya dapat dihayati dan ditadabburi setiap ayat al-Quran. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majoriti para imam berada pada tahap kefahaman sederhana dalam ilmu waqf dan ibtida' iaitu sebanyak 67.5 %. Faktor tertinggi berlaku ketidakpatuhan mereka dalam waqf dan ibtida' adalah disebabkan kurangnya penguasaan dan pemahaman kaedah bahasa Arab(min = 4.01). Implikasi kajian ini penting dalam mewujudkan kesedaran ke arah memperbaiki tahap penguasaan waqf dan ibtida' dalam kalangan para imam dalam bidang tajwid al-Quran. Sehubungan itu, penguasaan ilmu ini menjadi satu fondasi utama agar kesempurnaan kalamullah yang mulia ini dapat dijaga dengan sebaiknya khususnya bagi para imam yang menjadi rujukan dan pemimpin kepada masyarakat muslim sejagat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 144
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83909+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
677.84 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.