Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459059
Title: | Pasca Islamisme di dalam PAS: analisa terhadap pelaksanaan syariat Islam, negara Islam dan Tahalluf Siyasi |
Authors: | Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib (P58382) |
Supervisor: | Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr. |
Keywords: | Pasca-Islamisme PAS Gerakan Islam Ideologi Tahalluf Siyasi Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Sep-2015 |
Description: | Pasca-Islamisme adalah satu terma yang dipopularkan oleh Asef Bayat. Pasca-Islamisme merupakan satu pemahaman baru kelompok Islamis tentang politik. Pemahamana ini dilihat mula dipraktikkan oleh banyak gerakan Islam di dunia ini antaranya al-Nahdah di Tunisia, AKP di Turki, PKS di Indonesia dan tidak terkecuali PAS di Malaysia. Kewujudan pasca-Islamisme juga sebagai respon kepada fahaman Islamisme yang lebih eksklusif sebelum ini namun keterbukaan pasca-Islamisme dilihat memberi ruang pengaruh sekularisme dan liberalism masuk ke dalam gerakan Islam sepertimana interpertasi semula sekularisme yang dilakukan oleh AKP di Turki. PAS sebagai wakil gerakan Islam di Malaysia dilihat berpotensi menyebar fahaman seperti pasca-Islamisme ini memandangkan pengaruh dan ahli yang ramai. Oleh itu, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisa isu-isu yang dikaitkan dengan pasca-Islamisme bagi mengetahui sejauhmana pasca-Islamisme di dalam PAS. Bagi mencapai tujuan ini, penulis menggunakan metode kajian kualitatif menerusi proses pengumpulan, penelitian dan penganalisisan data-data yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan perbahasan pasca-Islamisme. Hasil kajian ini menunjukkan memang wujud ciri-ciri pasca-Islamisme di dalam PAS cuma pasca-Islamisme di dalam PAS tidaklah sepertimana berlaku di Turki. Unsur-unsur pasca-Islamisme yang diterima PAS masih lagi dalam lingkungan yang dibenarkan syariat. Namun bagi tempoh akan datang dijangka bakal memberi mudarat kepada umat Islam di Malaysia. Diharap kajian ini berupaya memberi sumbangan dalam mewujudkan kesedaran kepada gerakan Islam agar berhati-hati dan melihat dengan teliti setiap ideologi ataupun fahaman yang datang dari jalur pemikiran Barat sebelum menerima dan mempraktikkannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 107 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83907+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 298.94 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.