Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459054
Title: | Pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia |
Authors: | Fariza Mohamad Tajuddin (P67602) |
Supervisor: | Mohd Zamro Muda |
Keywords: | Harta pusaka Kanak-kanak Perspektif Islam Undang-undang Malaysia Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-May-2016 |
Description: | Harta pusaka merupakan segala harta dan hak-hak kebendaan yang ditinggalkan oleh si mati untuk diwarisi dan diuruskan oleh waris-warisnya yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh syarak. Antara kriteria pentingnya adalah telah mencapai umur baligh dan berkeupayaan. Justeru, waris yang terdiri dari kalangan kanak-kanak terhalang untuk menguruskan harta bendanya termasuk harta pusaka yang diwarisi daripada pewarisnya. Oleh itu, pengurusan harta pusaka kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan. Di Malaysia, pengurusan harta pusaka kanak-kanak tertakluk kepada dua bidang kuasa iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Ketidakselarasan di antara undang-undang Islam dan undang-undang sivil dalam konteks pengurusan harta pusaka kanak-kanak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Sehubungan dengan itu, satu kajian mengenai pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia perlu dilakukan yang bertujuan mengenal pasti konsep pengurusan harta pusaka kanak-kanak mengikut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji undang-undang yang diguna pakai dalam pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut undang-undang di Malaysia serta menganalisis pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan diskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara berhubung dengan pengurusan harta pusaka kanak-kanak terutamanya apabila melibatkan kepelbagaian undang-undang dan keterbatasan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam mengendalikan pentadbiran harta pusaka. Namun demikian terdapat juga persamaan dari sudut kriteria pemilihan pengurus harta pusaka kanak-kanak mengikut undang-undang Islam dan sivil. Kajian ini memberi implikasi yang besar pada penambahbaikan sistem perundangan berhubung dengan harta pusaka kanak-kanak di Malaysia di samping menyumbang kepada pengembangan suatu bidang ilmu yang jarang dikaji sebelum ini yang menyentuh pengurusan harta pusaka kanak-kanak secara perbandingan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 156 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83714+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 573.43 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.