Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459054
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda
dc.contributor.authorFariza Mohamad Tajuddin (P67602)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:41:23Z-
dc.date.available2023-09-13T07:41:23Z-
dc.date.issued2016-05-19
dc.identifier.otherukmvital:83714
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459054-
dc.descriptionHarta pusaka merupakan segala harta dan hak-hak kebendaan yang ditinggalkan oleh si mati untuk diwarisi dan diuruskan oleh waris-warisnya yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh syarak. Antara kriteria pentingnya adalah telah mencapai umur baligh dan berkeupayaan. Justeru, waris yang terdiri dari kalangan kanak-kanak terhalang untuk menguruskan harta bendanya termasuk harta pusaka yang diwarisi daripada pewarisnya. Oleh itu, pengurusan harta pusaka kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan. Di Malaysia, pengurusan harta pusaka kanak-kanak tertakluk kepada dua bidang kuasa iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Ketidakselarasan di antara undang-undang Islam dan undang-undang sivil dalam konteks pengurusan harta pusaka kanak-kanak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Sehubungan dengan itu, satu kajian mengenai pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia perlu dilakukan yang bertujuan mengenal pasti konsep pengurusan harta pusaka kanak-kanak mengikut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji undang-undang yang diguna pakai dalam pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut undang-undang di Malaysia serta menganalisis pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan diskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara berhubung dengan pengurusan harta pusaka kanak-kanak terutamanya apabila melibatkan kepelbagaian undang-undang dan keterbatasan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam mengendalikan pentadbiran harta pusaka. Namun demikian terdapat juga persamaan dari sudut kriteria pemilihan pengurus harta pusaka kanak-kanak mengikut undang-undang Islam dan sivil. Kajian ini memberi implikasi yang besar pada penambahbaikan sistem perundangan berhubung dengan harta pusaka kanak-kanak di Malaysia di samping menyumbang kepada pengembangan suatu bidang ilmu yang jarang dikaji sebelum ini yang menyentuh pengurusan harta pusaka kanak-kanak secara perbandingan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHarta pusaka
dc.subjectKanak-kanak
dc.subjectPerspektif Islam
dc.subjectUndang-undang Malaysia
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages156
dc.identifier.barcode002448(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83714+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
573.43 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.