Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459049
Title: Perkembangan pengajian dan penulisan tafsir di Singapura
Authors: Mohamed Qusairy Thaha (GP01394)
Supervisor: Muhd Najib Abd Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Penulisan tafsir
Tafsir al-Qur'an
Masyarakat Islam
Singapura
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Apr-2016
Description: Singapura telah dinobatkan sebagai sebuah negara dunia pertama kerana pencapaiannya dalam bidang teknologi dan ilmu pengetahuan. Walaupun demikian, perkembangan pengajian ilmu-ilmu Islam khususnya tafsir di negara ini masih perlahan dan agak ketinggalan berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Kajian ini membincangkan perkembangan pengajian dan penulisan tafsir di Singapura selama empat dekad bermula dari tahun 1970 hingga tahun 2013. Oleh itu, isu-isu yang menjadi cabaran dalam pengajian ini turut dikaji dan dianalisa bagi menyediakan cadangan pengajian tafsir yang sesuai bagi masyarakat Islam Singapura. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggabungkan kajian teks dan kajian sejarah. Metode induktif dan komparatif digunakan bagi menganalisa data. Kajian ini mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pengajian tafsir al-Qur'an telah bermula di Singapura sebelum merdeka. Pengajian tafsir al-Qur'an telah melalui beberapa fasa perkembangan daripada fasa pengenalan ilmu tafsir kepada masyarakat umum kepada fasa pengkhususan pengajian tafsir di peringkat pengajian tinggi. Antara cabaran utama dalam pengajian tafsir adalah kekurangan para ilmuan Islam tempatan yang berperanan mengembangkan pengajian dan penulisan tafsir serta kewujudan institusi pengajian tinggi Islam tempatan yang sangat terhad bagi melahirkan lebih ramai pakar ilmuan tafsir untuk masa hadapan. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat potensi untuk pengajian tafsir terus berkembang di Singapura kerana masyarakat Islam memberikan sokongan yang berpanjangan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 118
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83709+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.