Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459048
Title: | Pembinaan kandungan Kurikulum Pengajian Islam peringkat diploma di bawah Jabatan Pengajian Islam Kontemporari, Kolej Risda, Melaka |
Authors: | Siti Nadiah Babge (P64001) |
Supervisor: | Ahmad Munawar Ismail, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kurikulum Pengajian Islam Peringkat diploma Jabatan Pengajian Islam Kontemporari Kolej Risda Melaka Kerangka dasar Falsafah Pendidikan Islam Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Feb-2016 |
Description: | Kurikulum Pengajian Islam merupakan satu proses pendidikan berteraskan Quran dan Sunnah. Matlamat pembangunan kurikulum ini bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang daripada aspek rohani, intelek, emosi dan fizikal sejajar dengan Falsafah Pendidikan Islam. Dalam memastikan matlamat dan objektif pendidikan Islam tercapai maka kerjasama dan kefahaman daripada semua pihak sama ada pembuat dasar, pelaksana dan masyarakat adalah perlu. Kegagalan dalam membentuk kurikulum Pengajian Islam yang sesuai akan menyebabkan objektif Falsafah Pendidikan Islam tidak tercapai. Kajian ini bertujuan untuk membina Kerangka Dasar Kurikulum Pengajian Islam untuk peringkat diploma di bawah Jabatan Pengajian Islam Kontemporari di Kolej RISDA, Melaka. Kajian ini menggunakan teknik Fuzzy Delphi Method (FDM) untuk menganalisis fuzziness konsensus pakar. Seramai 15 orang pakar yang terdiri daripada penjawat awam, tokoh pendidikan dan juga pelaksana telah terlibat sebagai peserta dalam kajian ini. Data ini telah dianalisis menggunakan penomboran segi tiga fuzzy (triangular fuzzy number) dan proses menentukan keutamaan (ranking) bagi setiap pemboleh ubah telah ditentukan menggunakan proses 'defuzifying'. Kajian kualitatif seperti analisis dokumen telah digunakan untuk membentuk instrumen fuzzy Delphi. Kaedah temu bual juga digunakan untuk mendapatkan data berkaitan pandangan pensyarah Jabatan Pengajian Islam Kontemporari terhadap kurikulum Pengajian Islam yang sedia ada di Kolej RISDA. Kajian ini berjaya menghasilkan satu Kerangka Dasar Kurikulum Pengajian Islam untuk dijadikan rujukan dalam proses pembelajaran peringkat diploma di Kolej RISDA, Melaka. Kerangka dasar ini memberi implikasi yang sangat besar kepada matlamat yang telah ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 207 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83708+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 443.54 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.