Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459046
Title: Akauntabiliti pengurusan kewangan di Masjid Jamek Kuala Klawang dan Masjid Kampung Dulang, Jelebu, Negeri Sembilan
Authors: Zainal Samdin (P50524)
Supervisor: Mat Noor Mat Zain, Dr.
Keywords: Pengurusan kewangan
Akauntabiliti
Masjid Jamek Kuala Klawang
Masjid Kampung Dulang
Organisasi masjid
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Feb-2016
Description: Kajian ini membincangkan tentang akauntabiliti dan kepentingannya dalam sistem tadbir urus pengurusan kewangan sesebuah organisasi masjid. Akauntabiliti merupakan prinsip mengawal individu yang berkuasa melalui peraturan dan norma. Dalam konteks organisasi masjid, akauntabiliti perlu menjadi amalan dan budaya kerja setiap ahli jawatankuasa masjid. Pada masa ini terdapat pentadbir masjid yang kurang mengaplikasi prinsip tersebut dalam urusan pentadbiran kewangan mereka. Kajian ini menganalisis corak dan bentuk pengurusan kewangan masjid di Daerah Jelebu di samping mengenalpasti langkah yang boleh membantu pengurusan masjid agar pengurusan kewangan menjadi lebih efektif. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis serta membincang tentang akauntabiliti pengurusan kewangan di Masjid Jamek Kuala Klawang dan Masjid Kampung Dulang, Jelebu, Negeri Sembilan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan instrumen kajian kepustakaan serta kajian lapangan yang berbentuk temu bual dengan pihak-pihak yang terlibat dan analisis data secara deskriptif yang diambil daripada penyata kewangan masjid yang dikaji. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa masjid yang terlibat mempunyai tahap pencapaian akauntabiliti yang sederhana dan masih belum mencapai tahap akauntabiliti yang ditetapkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 140
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83706+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
249.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.