Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459001
Title: Prospek perlaksanaan emas sebagai simpanan nilai di Lembaga Tabung Haji
Authors: Maisarah Isa (P49721)
Supervisor: Mat Noor Mat Zain, Dr.
Keywords: Emas
Simpanan nilai
Lembaga Tabung Haji
Umat Islam
Pengurusan simpanan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Feb-2015
Description: Simpanan wang atau dana yang banyak dalam sesebuah institusi kewangan adalah amalan semasa masyarakat. Walaubagaimanapun, kaedah demikian akan mudah terkesan dengan penyusutan nilai mata wang yang disebabkan oleh inflasi. Ini kerana berdasarkan laporan statistik Bank Negara Malaysia kadar inflasi Malaysia dilaporkan adalah sekitar 3 peratus hingga 5 peratus setiap tahun. Tidak terkecuali kesan penyusutan nilai mata wang ini turut dirasai di Lembaga Tabung Haji (TH) yang merupakan badan simpanan wang amanah umat Islam Malaysia. Rentetan itu, terdapat beberapa kajian menunjukkan emas mampu menjadi alat lindung nilai terbaik berdasarkan ciri emas yang mempunyai nilai intrinsik, yang tiada pada komoditi atau mata wang lain. Justeru objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keupayaan emas berbanding wang fiat sebagai alat simpanan nilai, Mengkaji keberkesanan pengurusan simpanan kewangan di Lembaga Tabung Haji dan merangka satu mekanisme prospek perlaksanaan emas sebagai instrumen simpanan dalam Lembaga Tabung Haji. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian analisis kandungan. Manakala, kaedah pengumpulan data adalah secara textual daripada Laporan Tahunan Lembaga Tabung Haji dan menggunakan kaedah temubual semi struktur bagi menguatkan fakta dapatan. Analisis kajian ini dilakukan berasaskan pendekatan deduktif. Hasil kajian mendapati, berdasarkan takrifan emas meliputi konsep, fungsi dan nilaiannya merentasi masa sepanjang sejarah menunjukkan emas diiktiraf di dalam al-Quran dan ketamadunan manusia di kenal pasti sebagai alat penyimpan nilai yang baik. Kajian juga mendapati pergerakan harga emas adalah stabil dalam jangka panjang dan bersesuaian dengan konsep simpanan wang tunai di Lembaga Tabung Haji. Kajian turut mencadangkan akaun simpanan wang tunai (fiat money) dikekalkan di samping membuka akaun simpanan emas. Terdapat dua akaun pilihan yang sesuai iaitu akaun dinar haji berdasarkan bilangan dinar dan akaun emas haji berdasarkan berat emas (dalam gram). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa keperluan kepada satu alternatif untuk membentuk mekanisme lindung nilai yang berkesan terutamanya dalam aspek kewangan Islam untuk mengurangkan kesan inflasi agar nilai simpanan terjamin,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 196
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83282+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
789.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.