Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458997
Title: Kualiti hadith dalam kitab Tanqīḥ al-Qawl oleh Shaykh Nawawi al-Bantani
Authors: Zulkarnaen Ahmad (P60393)
Supervisor: Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hadith
Kitab Tanqīḥ al-Qawl
Shaykh Nawawi al-Bantani
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Dec-2015
Description: Kitab Tanqīḥ al-Qawl merupakan suatu karya Shaykh Nawawi al-Bantani dalam usahanya mengumpulkan sebilangan hadith yang berasaskan hadith-hadith Faḍāil al-Acmāl. Kitab ini tergolong sebagai kitab masyhur yang digunakan secara meluas di Indonesia serta dijadikan rujukan utama di beberapa pondok. Walaubagaimanapun dalam perbincangan kitab tersebut, hadith-hadith yang termaktub di dalamnya belum dikenalpasti statusnya, pengarang juga tidak menyebutkan rantai sanad hadith secara sempurna dan terkadang tidak menyebutkan sumber daripada hadith tersebut. Justeru, analisis Takhrīj Hadīth dilakukan bagi mengenalpasti sumber sesebuah hadith daripada Maṣādir Aṣliyyah serta menjelaskan kedudukan setiap hadith tersebut samada bertaraf Maqbūl atau Mardūd. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan kepakaran pengarang dalam bidang hadith. Rekabentuk kajian ini ialah penyelidikan kualitatif, Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen kitab Tanqīḥ al-Qawl dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan Takhrīj. Hasil dapatan daripada empat puluh satu hadith yang dianalisis, didapati 11 hadith Ṣaḥīḥ, 4 hadith Ḥasan, 10 hadith Ḍacif, 1 hadith Mawḍūc, 1 hadith Mawqūf, 1 hadith Maqṭūc dan13 hadith yang tidak dapat dikenal pasti sumbernya. Kesimpulannya bahawa hadith Maqbūl berjumlah 13 hadith, dan boleh dijadikan hujah. Sedangkan sebanyak 13 hadith Mardūd tidak boleh dijadikan hujah dalam membina hukum hakam, tetapi boleh dijadikan hujah Faḍāil al-Acmāl apabila telah memenuhi syarat yang telah disebutkan oleh para ulama. Implikasi kajian ini menunjukan bahawa mayoriti hadith-hadith dalam kitab Tanqīḥ al-Qawl boleh dijadikan hujjah kerana ianya termasuk dalam kategori hadith Faḍāil al-Acmāl, namun hadith-hadith yang tergolong dalam kategori Ḍacif jiddan atau Mawḍūc tidak boleh diterima hujjahnya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 147
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83278+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
370.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.