Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458991
Title: | Kemahiran tarannum guru-guru Pendidikan Islam daerah Hulu Selangor dalam pengajaran tilawah al-quran |
Authors: | Norfazilah Hassan (P73434) |
Supervisor: | Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kemahiran tarannum Pendidikan Islam Tilawah al-quran Guru Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Aug-2016 |
Description: | Kemahiran bertarannum merupakan satu pendekatan untuk menghasilkan bacaan al-Quran yang bermutu tinggi serta melatih diri berdisiplin dalam pembacaan al-Quran. Meskipun begitu, kemahiran tarannum Guru Pendidikan Islam masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Hal ini terjadi disebabkan kemahiran ini kurang diterapkan dalam amalan pengajaran tilawah al-Quran. Bahkan, ada yang menganggap tarannum dalam tilawah al-Quran tidak sesuai diterapkan di sekolah rendah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran tarannum guru Pendidikan Islam dan mengkaji amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam tilawah al-Quran. Kajian ini juga menilai hubungan di antara kemahiran tarannum dengan amalan pengajaran tilawah al-Quran. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20. Seramai 182 orang guru daripada 17 buah sekolah dalam daerah Hulu Selangor telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden dalam kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Bagi analisis deskriptif, data dianalisa untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Manakala bagi analisis inferensi pula, data dianalisa untuk mendapatkan korelasi (hubungan). Penemuan kajian mendapati kemahiran tarannum guru berada pada tahap sederhana dengan skor purata min sebanyak 3.04 dan amalan pengajaran pengajaran tilawah al-Quran di tahap tinggi dengan mencatat skor purata min sebanyak 3.82. Manakala nilai korelasi r memperolehi nilai 0.67 (kuat) menunjukkan kemahiran tarannum mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan pengajaran tilawah al-Quran. Implikasi kajian ini ialah guru pendidikan Islam perlu mempelbagaikan kemahiran serta mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan pendekatan baru dalam pengajaran. Kajian ini diharap dapat dijadikan panduan bagi meningkatkan profesionalisme guru pendidikan Islam di samping menambah baik program kemahiran dan kepakaran guru.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 110 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83008+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 725.59 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.