Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458984
Title: | Masalah penterjemahan novel Ranjau Sepanjang Jalan ke bahasa Arab dan kaedah penyelesaiannya |
Authors: | Noorsyuhada Mohamad Salleh (P62819) |
Supervisor: | Maheram Ahmad, Dr. |
Keywords: | Ranjau Sepanjang Jalan Bahasa Arab Novel terjemahan Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Oct-2015 |
Description: | Tugas menterjemah bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak cabaran dan masalah yang dihadapi oleh penterjemah, khususnya apabila menterjemah teks-teks sastera seperti novel dan cerpen. Kajian ini bertujuan menganalisis masalah dalam penterjemahan novel Ranjau Sepanjang Jalan ke bahasa Arab dan sekaligus menentukan kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah terjemahan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan analisis dokumen sebagai reka bentuk kajian. Teks asal dibaca dan dianalisis berulang kali. Kemudian makna teks itu dipindahkan dan ayat-ayatnya distruktur semula mengikut struktur ayat bahasa Arab. Setelah teks asal selesai diterjemahkan, teks yang telah diterjemahkan itu diperiksa dan disemak semula agar teks terjemahan itu boleh dibaca dan difahami oleh pembaca sasaran. Kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak masalah yang dihadapi ketika proses terjemahan berlaku termasuklah masalah menterjemahkan budaya dan linguistik, kata nama khas, ayat berbentuk kiasan, perkataan dialek, bahasa Melayu lama dan nama-nama peralatan. Terdapat banyak kaedah yang dipilih untuk menyelesaikan masalah terjemahan yang wujud iaitu kaedah modulasi, kaedah persamaan, kaedah penyesuaian, kaedah generalisasi dan kaedah pengembangan. Kajian ini turut memberi implikasi kepada golongan penterjemah, para pensyarah dan para pelajar bidang terjemahan serta para pembaca karya terjemahan. Kajian ini juga boleh memberi implikasi kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Institut ini boleh menjadikan kajian ini sebagai pencetus untuk menghasilkan terjemahan yang lengkap dan boleh diterbitkan untuk pasaran antarabangsa.,Tesis ini tidak ada Perakauan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 108 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83001+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 105.23 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.