Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458978
Title: Aplikasi takaful wakaf di Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Authors: Wan Mohd al Faizee Wan Ab Rahaman (P57763)
Supervisor: Salmy Edawati Yaacob, Dr.
Keywords: Insurance policies (Islamic law)
Wakaf
Takaful
Issue Date: 3-Oct-2013
Description: Takaful Malaysia Berhad pernah memperkenalkan Pelan Takaful Wakaf pada tahun 2002 dan telah diguna pakai sehingga tahun 2009. Sepanjang tempoh pelaksanaan pelan ini, terutama dari tahun 2002 sehingga 2004 menunjukkan terdapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta Takaful Malaysia Berhad. Namun, pada tahun 2009 pelan ini telah ditarik balik daripada pasaran dan pengaplikasian takaful wakaf dalam sistem kewangan Malaysia semakin terkubur selepas itu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor kekangan pelan takaful wakaf dari sudut syariah dan operasi serta mengenal pasti bentuk aplikasi takaful wakaf yang bersesuaian dengan kehendak syarak dan memenuhi tuntutan semasa. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Manakala, proses penganalisisan data dijalankan menerusi pendekatan deskriptif dan pendekatan deduktif, penilaian sumber hukum yang berkaitan penggunaan wakaf wang serta prinsip-prinsip dalam takaful seperti mudarabah, wakalah, tabarru c dan wakaf. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa kekangan yang membelenggu pelan takaful wakaf seperti masalah dalam mudarabah, penajaan jaminan (underwriting) dalam situasi defisit serta pengurusan wakaf dan wasiat. Kajian mendapati terdapat pandangan ulama yang membenarkan penanggungan jaminan dalam modal mudarabah. Selain itu, perjalanan pengunderaitan dalam isu defisit dapat diselesaikan dengan mekanisme takaful semula, qard hasan dan tawarruq. Manakala pengurusan wakaf dan wasiat perlu dijalankan mengikut kaedah yang tepat dan diketahui oleh peserta ketika di awal pemeteraian kontrak. Namun begitu, kontrak mudarabah yang diguna pakai sebelum ini perlu di naik taraf sesuai dengan tuntutan semasa. Justeru itu, mekanisme baru dicadangkan melalui gabungan kontrak mudarabah dan wakalah serta menawarkan rider wakaf dalam kontrak memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Mekanisme yang dicadangkan didapati menepati syariah serta memberikan maslahah kepada semua pihak. Implikasi polisi kajian ini adalah penambahbaikan kepada model Takaful Wakaf yang telah di tarik keluar daripada pasaran dan menjadi perangsang kepada perkembangan wakaf di dalam ekonomi sem,Sarjana
Pages: 130
Call Number: BP158.I462 W336 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81918+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.