Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458977
Title: Ketepatan padanan terjemahan hadis dalam kitab hadis 40 karangan Imam Nawawi : satu analisis bandingan
Authors: Kamarulzaman Ideres (P47308)
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Terjemahan Hadis - Imam Nawawi
Issue Date: 29-Jul-2011
Description: Kajian ini menggabungkan perbincangan teori dan pengaplikasian analisis berkaitan ketepatan padanan terjemahan hadis yang memberi kesan terhadap pemahaman makna dan maksud hadis. Objektif kajian ini ialah untuk melihat sejauh mana ketepatan terjemahan dalam pemadanan kata tugas dan diksi daripada dua bahasa yang berbeza persekitaran dan budaya di satu sudut, dan struktur binaan ayat agar hasil terjemahan dapat difahami dengan mudah oleh pembaca di satu sudut yang lain. Di samping itu, keupayaan kamus dwibahasa sebagai alat bantuan terjemahan turut menjadi ukuran. Bagi mencapai matlamat tersebut, sejumlah 20 daripada 42 hadis yang terdapat dalam kitab Hadis 40 Himpunan Imam Nawawi dan terjemahannya oleh Noraini Abu dan Mustafa Abdul Rahman dipilih secara rawak mudah untuk dijadikan sampel dan korpus penilaian. Metodologi kajian kualitatif berasaskan kajian kepustakaan mendominasi perbincangan teori penterjemahan, bandingan kata tugas dan penghasilan makna. Manakala analisis ke atas sampel pilihan kajian pula bercirikan analisis konstrastif dan deskriptif. Kesimpulan umum tentang kajian ini menunjukkan penterjemah berjaya menterjemahkan secara langsung dari teks sumber ke bahasa sasaran tanpa meninggalkan sebarang perkataan yang tidak diterjemahkan. Secara khusus, hasil analisis keseluruhan sampel menunjukkan penterjemah terikat dengan gaya dan struktur ayat bahasa sumber dalam terjemahan beliau. Dapatan analisis juga menunjukkan pensejadian makna kata tugas dan pemilihan diksi perlu disesuaikan dengan gaya bahasa moden dan sekarang supaya terjemahan mudah difahami. Selain itu Kamus Besar Arab Melayu Dewan (KBAMD) dibuktikan sesuai dijadikan salah satu rujukan penterjemahan Hadis Nabawi,Sarjana
Pages: 149
Call Number: BP135.A2 K338 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81875+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
851.67 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.