Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458945
Title: Pendekatan PERKIM dalam meningkatkan kefahaman Islam di kalangan saudara baru Cina dari tahun (2000-2011): kajian di Perkim Kebangsaan Kuala Lumpur
Authors: Nur Hieadayah Binti Abdul Rahim ( P57392)
Supervisor: Prof. Dr. Idris Zakaria
Keywords: PERKIM
Saudara Baru Cina
Muslim converts -Malaysia.
Issue Date: 13-Dec-2013
Description: Terdapat dalam kalangan saudara baru Cina yang disisihkan oleh keluarga mereka setelah memeluk agama Islam. PERKIM atau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan, membimbing dan mengajar saudara baru ini mengenai Islam. Namun, bagaimana PERKIM menyediakan kemudahan dan pelbagai aktiviti dakwah bagi saudara baru Cina agar mereka dapat memahami Islam dengan sempurna. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji pendekatan yang digunapakai oleh pihak PERKIM dalam meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan saudara baru Cina melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kajian ini juga sekaligus mengenalpasti metodologi-metodologi yang digunakan oleh pihak PERKIM dalam berdakwah kepada golongan ini. Seterusnya, mengenalpasti keberkesanan atau kurang keberkesanan program-program yang telah diadakan oleh pihak PERKIM. Kajian ini menggunakan metode tinjauan. Data dikumpul melalui kaedah analisis dokumen, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. PERKIM telah menyediakan kelas-kelas agama pada setiap hari dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan mereka untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 25 orang saudara baru Cina yang mengikuti kelas-kelas pengajian anjuran PERKIM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik yang menggunakan skala Likert dan skala Guttman. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Sciences” (SPSS) version 17.0 untuk menentukan kekerapan dan peratusan. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, kebanyakan responden mampu memahami Islam setelah menghadiri kelas serta mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PERKIM. Kajian ini juga mendapati PERKIM tidak pernah mengenepikan kebajikan saudara-saudara baru Cina ini. Selain itu, terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak PERKIM seperti bantuan kewangan, perniagaan, kecemasan dan lain-lain. Hanya segelintir responden yang masih belum dapat menyesuaikan diri mereka dengan kehidupan sebagai seorang Muslim. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pendekatan yang digunakan oleh PERKIM mampu memberi kefahaman Islam kepada saudara baru Cina. Oleh itu, saudara baru Cina hendaklah menggunakan segala kemudahan dan sentiasa menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak PERKIM bagi memantapkan keimanan mereka terhadap Islam.,There are among Chinese Muslim who have been ignored by their families after converting to Islam. PERKIM or Muslim Welfare Organization Malaysia responsible for looking after the welfare of new converts to Islam as well as to teach and guide them in the Islamic way. However, how PERKIM provide many facilities and missionary activities for Chinese Muslim to understand Islam properly. This study is to examine the approach used by PERKIM to enchance the understanding of Islam among Chinese Muslim through the activities conducted. It also attempts to identify the methodologies used by PERKIM in preaching Islam to these groups. Next, this research on the effectiveness or efficiency of program that have been held by PERKIM. This study used a survey method. Data was collected through document analysis, questionnaires, interviews and observations. PERKIM also provides daily religious classes in various languages in order to facilitate them in learning and gaining a deeper understanding of Islam. The respondents of the study comprise of 25 Chinese Muslim who have attended the classes organised by PERKIM. The instrument used in the study is the survey form method using the Likert scale and the Guttman scale. The collected data are then analysed using the "Statistical Package for Social Sciences" (SPSS) version 17.0 software to determine the incidence and percentage levels. Based on the results of the study, it was found that most respondents were able to achieve meaningful understanding of Islam after attending the classes and programmes organised by PERKIM. This study demonstrated that PERKIM had always ensure the welfare of the Chinese Muslim converts. In addition, there were more amenities provided by PERKIM including financial assistance, business guidance, emergency assistance and other services. There were only a handful of respondents that were still unable to adapt to the life of being a Muslim. Implication of this study show that PERKIM has performed as far as possible in caring, helping and guiding Chinese Muslim to learn more about Islam. Thus, Chinese Muslim shall use all the facilities and participates in the programs organized by PERKIM to strengthen their faith in Islam.,Master
Pages: 161
Call Number: BP170.5 .N846 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81172+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.