Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458941
Title: Gaya hidup remaja dan hubungannya dengan pengamalan Islam di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru
Authors: Siti Zaleha Shafi'e (P67064)
Supervisor: Fariza Md. Sham, Prof. Madya Dr.
Keywords: Gaya hidup
Pengamalan Islam
Teenagers -- Religious life -- Malaysia -- Johor -- Johor Bahru
Issue Date: 25-Sep-2014
Description: Pengaruh globalisasi turut sama memberi kesan terhadap gaya hidup remaja. Ini kerana, gaya hidup yang berlawanan dengan nilai ajaran Islam telah mula meresapi pemikiran remaja di Malaysia melalui proses globalisasi sosio budaya. Fenomena ini secara tidak langsung dapat memberi kesan terhadap tahap pengamalan Islam dalam kalangan remaja.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya hidup remaja dan hubungannya dengan pengamalan Islam mereka serta perbezaan antara bentuk gaya hidup remaja berdasarkan jantina dan pendapatan keluarga.Seramai 510 orang remaja yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya (2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya (3) serta remaja yang tinggal di sekitar Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru dipilih secara rawak berlapis.Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.Seterusnya dapatan kajian dianalisis menggunakan dua teknik statistik iaitu statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan gaya hidup moden adalah gaya hidup yang majoriti diamalkan oleh remaja di Bandar Baru Permas Jaya serta faktor diri adalah faktor utama yang mempengaruhi gaya hidup mereka. Dapatan kajian mendapati remaja lelaki lebih cenderung terhadap gaya hidup moden dan hedonisme berbanding remaja perempuan. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya hidup moden dan pendapatan keluarga. Dari sudut pengamalan Islam pula, dapatan kajian menunjukkan majoriti remaja di Bandar Baru Permas Jaya mempunyai tahap pengamalan yang tinggi bagi pengamalan akidah dan akhlak, serta tahap sederhana bagi pengamalan ibadah. Namun, secara keseluruhan pengamalan Islam, mereka berada tahap yang tinggi. Justeru, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara bentuk gaya hidup remaja dan pengamalan Islam mereka iaitu 35% faktor penyumbang kepada perubahan tahap pengamalan Islam remaja adalah berpunca daripada gaya hidup konsumtif dan hedonisme. Kajian ini memberi sumbangan khususnya dari segi penambahan terhadap perkembangan ilmu psikologi remaja daripada perspektif dakwah. Kajian ini juga memberi implikasi kepada pihak berkaitan sebagai cara mengenal pasti bentuk, faktor, dan cara menangani gaya hidup remaja masa kini. Oleh itu, secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa gaya hidup remaja mempunyai hubungan dengan tahap pengamalan Islam.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 204
Call Number: HQ799.M42 J775 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77426+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.