Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458914
Title: | Pengaruh tarannum qari-qari Mesir terhadap qari-qari di Malaysia |
Authors: | Wan Hilmi Wan Abdullah (P56181) |
Supervisor: | Ahamad Asmadi Sakat, Dr. |
Keywords: | Pengaruh tarannum Qari Mesir Qari Malaysia Qur'anic recitations--Malaysia |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Tarannumal-Quran merupakan satu senitilawah al-Quran. Seni ini telah berkembang ke pelusuk dunia termasuk Mesir. Perkembangan di Mesir ini dapat dikesan pada tahun 970 Masihi seiring dengan penubuhan Jamical-Azhar pada zaman kerajaan Fatimiyyah. Dari Mesir, ia turut tersebar ke Nusantara termasuk Malaysia melalui permusafiran qari-qari Mesir dan juga pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana. Namun, bagaimana qari di Malaysia terpengaruh dengan cara bacaan dan gaya persembahan qari-qari dari Mesir sehingga mendorong kepada penggubalan peraturan-peraturan musabaqah tilawah al-Quran adalah satu fenomena yang perlu dikaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri tarannum qari-qari Mesir yang mempengaruhi qari-qari di Malaysia terutamanya dalam aspek Uslubal-'Ada' (cara bacaan) dan Fann al-Sawt(senisuara). Kajian ini juga adalah untuk mengkaji sejarah perkembangan tarannum di zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabicin serta menganalisis sejarah perkembangan pengajian tarannum yang berlaku di Mesir. Rekabentuk kajian ini ialah analisis kandungan.Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen, video, audio serta temubual tidak berstruktur. Kajian ini memperoleh data tekstual daripada kitab edisi Arab yang membincangkan tentang dawlah al-Tilawah di Mesir iaitu Qitharah al-Sama' karangan Mahmud Tawfiq al-Khawli, MustafaIsmacilHayatuh fiZill al-Qur'an karangan Kamal Najmi, Nujum al-cAsr al-Zhahbi li Dawlah al-Tilawah karangan Nabil Hanafi, Alhan al-Sama'karangan Mahmud al-Sacdani, cAbaqirah al-Tilawah fi al-Qarn al-cIshrinkarangan Shukri al-Qadi dan al-Qur'an wa Mashahir al-Qurra' karangan FaruqFahmi. Kitab bagi edisi Melayu iaitu Qawacid al-Tarannumkarangan NikJa'far dan Seni Lagu di Malaysia karangan Ali Abu Bakar. Analisis data dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan sejarah tarannum pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah direkodkan melalui hadith-hadith. Perkembangan pengajian tarannum di Mesir pula bermula semenjak penubuhan Jamic al-Azhar. Manakala ciri-ciri tarannum qari-qari Mesir yang telah mempengaruhi bacaan di Malaysia antaranya ialah dalam aspek tabaqahsuara (al-Tabaqah al-Sawtiyyah) pemindahan dan penyambungan lagu (al-Intiqalat al-Maqamiyyah) dan tertib susunan lagu (Tartib al-Naghamat). Secara keseluruhan, ciri-ciri tarannum qari-qari Mesir memberi implikasi terhadap tarannum qari-qari di Malaysia.,Master/Sarjana |
Pages: | 286 |
Call Number: | BP131.6 W344 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76641+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.