Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458893
Title: Newsworthiness dalam komunikasi dakwah menerusi facebook
Authors: Nur Adhwa Farahin binti Saparudin (P62089)
Supervisor: Muhamad Faisal Ashaari, Dr.
Keywords: Newsworthiness
Issue Date: 2014
Description: Dakwah merupakan suatu tindakan menyampaikan mesej dakwah kepada semua orang dengan meyakinkan dan mempengaruhi mereka untuk mentaati Allah. Semua medium dan platform yang disediakan harus digunakan sepenuhnya untuk matlamat ini, termasuk Facebook, yang merupakan media sosial yang paling popular di kalangan generasi baru. Walaupun mampu sampai kepada ramai orang pada satu-satu masa, cabaran utama dakwah melalui Facebook adalah untuk menyampaikan mesej kepada kumpulan sasaran kerana sifat komunikasi yang wujud adalah secara tidak bersemuka (faceless), terutamanya kerana terdapat berjuta-juta pengguna internet di seluruh dunia. Pendakwah perlu menggunakan kaedah yang strategik untuk menarik orang supaya mengikuti Facebook dan daya tarikan posting boleh diukur dengan bilangan like dan komen. Newsworthiness adalah kaedah yang telah digunakan secara meluas oleh wartawan di media tradisional untuk menarik perhatian pembaca dan untuk mendapatkan jumlah pembaca yang lebih tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti entri Facebook pendakwah terpilih berdasarkan jumlah like dan komen, dan untuk mengkaji pendekatan mereka menulis entri Facebook mengikut kriteria newsworthiness. Ia juga menganalisis kriteria newsworthiness yang paling berkesan untuk mendapatkan like dan komen yang tinggi. Ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan yang mengkaji komen tertinggi lima entri daripada sepuluh pendakwah terpilih selama lima bulan dari bulan Jun sehingga Oktober 2012. Hasil kajian mendapati kriteria tertinggi adalah “people” yang mencatatkan 90% pengunaan daripada keseluruhan 50 entri. Kedua, ialah “significant” dengan 76% dan ketiga adalah “human interest” mencangkupi 66%. Kriteria “Unusual” dan “currency” masing-masing mendapat 44% dan 42%, manakala “conflict” mendapat 34% dan “proximity” mendapat 28%. Akhir sekali, kriteria yang paling rendah adalah impact" dengan 22%. Pendakwah perlu menitikberatkan kriteria-kriteria ini apabila berdakwah secara atas talian kerana menyampaikan mesej dakwah adalah penting sebelum meyakinkan dan mempengaruhi kumpulan sasaran kepada Islam
Pages: 137
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75432+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.