Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458841
Title: Respons intelektual muslim terhadap 'etika global' Hans Kung
Authors: Najihah binti Ahmad (P52235)
Keywords: Intelektual muslim
'Etika global' Hans Kung
Religious ethics
Issue Date: 13-Dec-2012
Description: Kajian ini membincangkan mengenai respons Intelektual Muslim terhadap 'Etika Global' Hans Kung. 'Etika Global' merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk mengenalpasti etika asas yang wujud dalam kebanyakan agama dan tradisi etika yang berupaya memandu manusia untuk hidup secara bersama-sama secara harmoni. Permasalahan kajian menunjukkan bahawa pencabulan hak asasi manusia ke atas umat Islam semakin membimbangkan, namun hampir kesemua langkah penyelesaian menemui jalan buntu. 'Etika Global' bertujuan menangani konflik seumpama ini, namun dari perspektif Islam, gagasan ini telah menimbulkan respons yang pelbagai di kalangan Intelektual Muslim khususnya kerana ia digagaskan oleh individu Barat yang beragama Kristian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti kepelbagaian bentuk respons para pemikir Islam terhadap 'Etika Global', hujah-hujah dan keperluannya kepada dunia Islam hari ini. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif menerusi analisis dokumen terhadap beberapa karya utama berkenaan 'Etika Global' terutamanya karya Hans Kung, 'Global Ethic for Global Politics and Economics' dan karya suntingan beliau, 'Yes to a Global Ethic' serta karya-karya berkenaan respons Intelektual Muslim terhadapnya seperti tulisan Chandra Muzaffar, 'Global Ethic or Global Hegemony?'. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tiga bentuk respons pemikir Islam iaitu; pertama, penolakan secara mutlak atas dasar untuk memelihara kesucian agama dari pengaruh yang boleh merosakkannya; kedua, penerimaan secara mutlak kerana terdapat prinsip kesatuan dalam 'Etika Global' yang merupakan asas penting dalam mewujudkan persefahaman dan perpaduan di antara masyarakat dunia; dan ketiga, penerimaan secara bersyarat disebabkan faktor terdapat nilai kebergunaannya kepada Islam dan perbahasan ini memfokuskan kerangka hak asasi manusia bukannya teologi.,Master/Sarjana
Call Number: BJ1188.N335 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73424+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.