Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458477
Title: Maqasid Shari'ah Dalam Belanjawan Negara: KAJIAN ANTARA TAHUN 2007-2010
Authors: Ibrahim bin Talib
Keywords: Maqasid
Shari'ah
Belanjawan
Bugget -- Malaysia
Issue Date:  15
Description: Kehidupan manusia tidak dapat lari daripada keperluan, kehendak dan kesempumaan. Semua unsur ini terkandung di dalam matlamat syariat yang dikenali maqasid syariah. Manusia yang menjadikan maqasid syariah sebagai landasan dalam merealisasikan keinginan mereka pasti terselamat daripada kerugian dan penyesalan. Begitu juga dengan belanjawan negara, apabila maqasid syariah diterapkan sepenuhnya dalam merancang perbelanjaan, masalah defisit, hutang dan inflasi dapat di kawal dan dibendung di sam ping mengamalkan konsep wasathiah dalam perlaksanaan belanjawan. Kajian ini dilakukan bertujuan melihat sejauh mana belanjawan yang dilaksanakan oleh kerajaan mengambil kira maqasid syariah dalam merancang perbelanjaan negara antara tahun 2007 hingga 2010. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti keseimbangan dalam pembangunan material dan spiritual berdasarkan peruntukan yang diluluskan dalam pembentangan belanjawan. Seterusnya melihat klafikasi dan analisis setiap belanjawan tahun-tahun yang dinilai mengikut al- Daruriyyat al-Khamsah. Penulis menggunakan metodologi kajian dengan mengklafikasikan belanjawan mengikut tahap dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat, Menganalisis data belanjawan negara untuk mendapat isu-isu berkaitan yang timbul daripadanya. Menganalisis perincian belanjawan negara mengikut maqasid syariah mengikut kategori tertentu. Berdasarkan kepada analisis belanjawan negara dari tahun 2007-2010, kajian ini menghasilkan dapatan sebagaimana berikut pertama belanjawan defisit menyebabkan hutang yang membawa kepada kemudharatan dari segi peningkatan kadar bunga dan inflasi. Kedua, belanjawan defisit akan mempengaruhi kenaikan kadar taksiran cukai yang akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Ketiga, peruntukan belanjawan tidak bertepatan dengan kedudukan keutamaan al-Dariiriyyat al-Khamsah. Selain itu, peruntukan belanjawan berkait rap at dengan gagasan yang dibawa oleh seseorang pemimpin tersebut. Oleh itu dasar fiskal harus ditujukan ke arah mencari sumber belanjawan selain cukai untuk mengurangkan defisit.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 139
Call Number: HJJ2162.6.I44 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458477
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_47083+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
703.04 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.