Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458471
Title: | Prosedur penterjemahan sinonim dalam Al-Quran Al-Karim dan terjemahan Lafziyyah |
Authors: | Husna Mohamad Salleh (P89166) |
Supervisor: | Maheram Ahmad, Dr. |
Keywords: | Qur'an -- Translating -- Technique Synonyms Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14 |
Description: | Setiap leksikal sinonim dalam al-Quran mempunyai makna yang spesifik. Kosa kata yang terhad dalam bahasa Melayu memberikan kesukaran kepada penterjemah untuk mencari padanan terjemahan yang paling tepat. Untuk itu, kajian ini dijalankan bagi membincangkan prosedur penterjemahan padanan sinonim yang terdapat dalam 'Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Lafziyyah' terbitan Yayasan Restu. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perbezaan makna padanan sinonim dalam al-Quran dan menganalisis prosedur penterjemahan padanan sinonim dalam 'Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Lafziyyah'. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan untuk mengumpulkan data. Pendekatan al-Munajjid diguna pakai dalam membahaskan perbezaan makna padanan sinonim dalam kajian ini. Di samping itu, prosedur penterjemahan Newmark digunakan sebagai panduan dalam kajian ini. Melalui pensampelan bertujuan, sebanyak 21 leksikal sinonim yang dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini mendapati setiap leksikal sinonim dalam al-Quran mempunyai makna yang khusus dan dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan padanan terdekat. Hasil kajian menunjukkan penterjemah menggunakan empat prosedur iaitu terjemahan literal, parafrasa, pengembangan dan kuplet. Sebanyak 18 sampel diterjemahkan dengan prosedur yang bersesuaian dengan konteks ayat, manakala 3 lagi sampel perlu diterjemahkan semula dengan prosedur yang lain. Kajian ini diharapkan mampu memberikan implikasi positif buat golongan yang terlibat dalam bidang penterjemahan, iaitu para pelajar, guru, penterjemah serta individu yang berminat dalam bidang terjemahan.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 110 |
Call Number: | BP131.13.S837 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.