Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458470
Title: | Pendekatan kerohanian terhadap kumpulan ekstremis di Malaysia |
Authors: | Siti Naqiayah Mansor (P87084) |
Supervisor: | Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Extremists -- Malaysia Sufism Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17 |
Description: | Ekstremisme adalah suatu fahaman ideologi yang melampau dan boleh mengakibatkan berlakunya ancaman terhadap keselamatan negara Malaysia. Antara gerakan tersebut ialah kumpulan militan Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) yang berhasrat untuk menubuhkan al-Dawlah al-Islamiyyah dengan menggunakan cara keganasan, rampasan kuasa dan pembunuhan. Gerakan ini boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara. Selain itu, gerakan ini boleh merosakkan imej agama Islam apabila mereka mempamerkan keganasan dan kekejaman yang menunjukkan agama Islam tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Justeru itu kajian ini dilakukan dengan hasrat untuk mengenal pasti kefahaman informan terhadap konsep ideologi ekstremis kumpulan ISIS, mengkaji karakter golongan ekstremis ISIS dan menganalisis pendekatan kerohanian bagi menangani pengaruh ekstremis ISIS di Malaysia. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah utama pengumpulan data. Hasil kajian mendapati penyebaran ideologi ISIS ini merangkumi sentimen simpati dan marah dengan nasib umat Islam yang ditindas oleh golongan Syiah, negara demokrasi dan berperlembagaan dianggap syirik serta mewajibkan umat Islam berhijrah ke al-Dawlah al-Islamiyyah Syria. Selain itu, antara karakter bagi golongan ekstremis ISIS terdiri daripada sikap agresif, melampau, taksub dengan pemimpin, sifat marah, berdendam, dan percakapan yang kasar. Hasil kajian turut mendapati pendekatan kerohanian diketengahkan bagi membanteras pengaruh ekstremisme dengan memberikan kefahaman Islam. Pendekatan kerohanian diaplikasikan dengan memantapkan konsep akidah, pembentukan Modul Istitabah, perlaksanaan Modul Kemasyarakatan dan memperbetulkan kekeliruan terhadap konsep jihad. Implikasi kajian ini mampu mengubah stigma masyarakat bahawa pendekatan kerohanian diperlukan bagi mengawal dan membendung penyebaran ideologi kumpulan ekstremis ISIS. Selain itu, ia dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat Malaysia terhadap ancaman dan pengaruh bahaya ISIS ke arah membendung golongan ekstremisme di Malaysia bagi mencapai negara Malaysia yang aman dan sentosa. Masyarakat Malaysia dapat memahami bahawa ajaran agama Islam bukanlah dibawa dengan pendekatan kasar, keras dan zalim seperti yang dibawa oleh gerakan militan ISIS. Oleh itu melalui kajian yang dilakukan ini, masyarakat Malaysia dapat mengetahui apakah perjuangan gerakan militan ISIS serta ideologi yang dibawa oleh mereka.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 136 |
Call Number: | HV6433.4.M4S567 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Size | Format | |
---|---|---|---|
ukmvital_130429+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 592.11 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.