Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458466
Title: Terjemahan aspek kesantunan bahasa dalam siri animasi kisah Nabi Musa A.S
Authors: Farah Nur Dini Zaidi (P91754)
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Politeness (Linguistics)
Animation (Cinematography)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  9
Description: Animasi merupakan suatu media yang tertumpu kepada hiburan, perniagaan dan pendidikan. Bahkan animasi juga suatu elemen multimedia yang menarik segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bahasa atau bangsa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis kaedah terjemahan yang digunakan dalam siri animasi. Kedua, menentukan aspek kesantunan berdasarkan Prinsip Kesantunan Leech. Ketiga, menganalisis ketepatan padanan terjemahan dalam sari kata. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen berdasarkan siri animasi Kisah Nabi Musa a.s. yang telah diterjemahkan sari kata oleh laman facebook Kun Anta. Data dikumpul sebanyak sepuluh episod daripada 30 episod keseluruhan yang telah diterjemah. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk melihat ketepatan padanan terjemahan dan kesantunan dalam hasil transkripsi sari kata animasi. Kajian ini menggunakan kamus secara fizikal dan dalam talian serta bahan-bahan rujukan yang lain untuk mengkaji ketepatan makna yang digunakan dalam terjemahan sari kata, aspek kesantunan dan perbezaan budaya jika ada. Dapatan kajian mendapati bahawa penterjemah menggunakan teori terjemahan Newmark dalam menterjemahkan sari kata dan menepati prinsip kesantunan Leech bagi menjaga perbezaan budaya antara dua bahasa. Implikasi kajian ini dalam bidang terjemahan adalah memberi peluang dan ruang kepada pengkaji yang lain supaya aspek terjemahan dalam bahasa Arab dititikberatkan lagi kerana bahasa Arab itu sendiri amat dekat dengan masyarakat Melayu kini sebagai wadah agama Islam. Manakala dalam ilmu kesantunan pula wajar diterap dalam masyarakat dengan menggunakan media sebagai platform yang santai dalam mendidik masyarakat supaya kesantunan bahasa tidak hanyut dibawa arus permodenan.,Sarjana
Pages: 172
Call Number: P299.H66F337 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130159+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.