Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458461
Title: Naratif syariah dan perundangan Islam dalam khutbah Jumaat terpilih di Malaysia
Authors: Norfadilah Amir (P85101)
Supervisor: Mohd Al Adib Samuri, Prof. Madya Dr.
Keywords: Islamic sermons -- Malaysia
Jumaat -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  16
Description: Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan berkenaan naratif Syariah dalam teks khutbah Jumaat. Di Malaysia, khutbah merupakan platform yang digunakan oleh pihak berkuasa agama dan kerajaan untuk mempengaruhi pendapat masyarakat Muslim. Namun, sejauhmana khutbah menjadi medium untuk meluaskan penerimaan perundangan Syariah belum disentuh oleh mana-mana pengkaji. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memenuhi objektif kajian iaitu menjelaskan konsep khutbah menurut fiqh dan perundangan Islam, menganalisis teks khutbah Jumaat berdasarkan Syariah dan perundangan Islam dan menganalisis sejauhmana khutbah menjadi medium untuk meluaskan penerimaan perundangan syarak di Malaysia. Kajian ini menganalisis teks-teks khutbah Jumaat terpilih bermula pada tahun 2013 sehingga 2016 di beberapa negeri di Malaysia yang transkripnya boleh didapati didalam laman web rasmi jabatan agama negeri. Metod temu bual mendalam bersepara struktur juga dilakukan dengan menemu bual empat orang Pegawai Hal Ehwal Islam di Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tematik dan deskriptif dengan menggunakan perisian NVivo 11 dan 12 bagi menghasilkan tema-tema yang terpilih. Kajian ini membuktikan pihak berkuasa agama memainkan peranan penting dalam menyampaikan kefahaman kepada masyarakat mengenai Syariah dan perundangan Islam menerusi khutbah Jumaat. Kajian ini dapat memberikan panduan kepada pihak birokrat agama untuk meningkatkan lagi mutu teks khutbah Jumaat dan memberikan kefahaman terhadap Syariah yang lebih mendalam dalam kalangan masyarakat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 96
Call Number: BP183.6.N646 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129603+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.