Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458458
Title: Pelaksanaan istibdal harta wakaf di negeri Kelantan
Authors: Aisyah Yasmin Che Mohd Amin (P88589)
Supervisor: Mohd Zamro Muda, Dr.
Keywords: Waqf -- Malaysia -- Kelantan
Charitable uses
trusts
and foundations (Islamic law) -- Malaysia -- Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  12
Description: Harta wakaf merupakan salah satu aset penting di dalam perbendaharaan Islam. Ia merupakan satu sumber kewangan bersifat kebajikan yang begitu unik yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat awam dan turut membantu dalam menjana ekonomi umat Islam. Tambahan pula, kemunculan konsep istibdal harta wakaf menjadikan sistem ini lebih produktif dan berupaya menyediakan pelaburan kewangan yang lebih baik dan stabil. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep istibdal harta wakaf yang dilakukan di negeri Kelantan di samping menganalisis bentuk-bentuk harta wakaf yang boleh diistibdalkan dan seterusnya mengkaji prosedur istibdal harta wakaf di negeri Kelantan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Fakta dan hujah daripada bahan-bahan perpustakaan diteliti, dinilai serta dianalisis secara deskriptif. Sudut lain, kajian ini tertumpu kepada pelaksanaan istibdal harta wakaf di negeri Kelantan dengan menganalisis kes-kes yang berkaitan dengannya. Kajian mendapati pelaksanaan istibdal di negeri Kelantan adalah berdasarkan beberapa faktor bagi tujuan kepentingan awam seperti projek pembinaan bangunan komersial dan tanah perkuburan Islam. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa pelaksanaan istibdal di negeri Kelantan hanya melibatkan harta wakaf tak alih yang berbentuk tanah berdasarkan kepada beberapa kes yang telah diputuskan. Hasil kajian juga mendapati wujud pelbagai masalah yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam melaksanakan istibdal harta wakaf seperti kedudukan tanah yang tidak strategik dan berselerak, kekurangan dana dan modal dan masalah lain lagi. Pada keseluruhan kajian, didapati bahawa pelaksanaan istibdal harta wakaf di negeri Kelantan telah memberi banyak manfaat dan faedah kepada masyarakat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 131
Call Number: BP158.W26A38 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129600+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.