Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458456
Title: Interaksi mualaf dengan keluarga bukan Islam dalam kalangan etnik India menurut syarak
Authors: Mohd Faqih Baharudin (P87030)
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Muslim converts -- Malaysia
Muslim converts from Hinduism -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  27
Description: Kebebasan beragama adalah salah satu hak asasi, tetapi ia juga menjadi antara salah satu aspek utama yang menyebabkan timbul konflik interaksi mualaf dengan keluarga bukan Islam. Konflik sedemikian juga berlaku dalam kalangan mualaf India, berpunca daripada ahli keluarga enggan menerima pemelukan Islam mualaf tersebut. Matlamat kajian ini mengkaji hubungan interaksi kekeluargaan mualaf India dengan ahli keluarga bukan Islam. Fokus kajian menganalisis perbincangan fuqaha berkaitan hubungan Islam dengan bukan Islam, meneliti amalan interaksi dan cabaran ketika mualaf India menziarahi kematian dan perayaan keluarga bukan Islam mereka. Metodologi kajian ialah kualitatif melalui analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur bersama 20 orang mualaf India yang mengikuti kelas pengajian di Kompleks Darul Hidayah, Kuala Lumpur. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati, menurut pandangan syarak hubungan mualaf dengan keluarga asal tidak terputus sepenuhnya bahkan masih ada tanggugjawab dan dibenarkan untuk mualaf menjalinkan hubungan interaksi dengan mereka. Terdapat tiga bentuk amalan interaksi mualaf India ketika menziarahi kematian keluarga bukan Islam mereka iaitu mualaf menziarahi tanpa terlibat dalam upacara ritual kematian, mualaf menziarahi dan menyertai upacara ritual, dan mualaf masih belum berpengalaman menziarahi kematian keluarga bukan Islam. Adapun interaksi perayaan pula terjadi dua bentuk amalan iaitu mualaf menziarahi ahli keluarga seperti biasa tanpa terlibat dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam dan mualaf tidak menziarahi keluarga ketika hari perayaan. Kajian juga mendapati mualaf India berhadapan pelbagai cabaran ketika berinteraksi dengan keluarga bukan Islam iaitu isu utamanya adalah sikap ahli keluarga yang tidak dapat menerima pemelukan Islam mualaf India sehinggakan tercetusnya serangan emosi dan fizikal terhadap diri mualaf. Implikasi hasil kajian boleh dimanfaatkan oleh badan-badan yang mengurus komuniti mualaf di Malaysia, terus memberi sokongan terhadap keluarga mualaf dalam menangani konflik interaksi keluarga mualaf dengan keluarga bukan Islam mereka, melalui pendekatan bersesuaian, kearah memupuk sikap saling faham memahami dan toleransi antara kepelbagaian agama.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 160
Call Number: BP170.5.M844 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129599+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.