Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458448
Title: Peranan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dalam pengislaman ilmu sains di Malaysia
Authors: Nadia Puri (P81835)
Supervisor: Muhamad Razak Idris, Dr.
Keywords: Islam and science -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  31
Description: Pengislaman ilmu sains merupakan satu bentuk tindak balas intelektual Muslim terhadap gerakan sekularisasi ilmu oleh kesarjanaan Barat moden di dunia hari ini. Di Malaysia, sekelompok intelektual Muslim bergabung dalam sebuah gerakan akademik dikenali Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), ditubuhkan pada 1977 bagi menggerakkan kegiatan pengislaman ilmu sains yang sejajar dengan prinsip Tauhid. Hari ini, ASASI telah mencapai 40 tahun usia penubuhannya. Namun, peranan ASASI dalam program pengislaman ilmu sains di Malaysia ditanggapi dalam keadaan melemah. Sumbangan ASASI dalam pembangunan ilmu sains Islam juga kurang diketahui oleh masyarakat umum. Kajian ini bertujuan meneliti peranan dan sumbangan ASASI dalam program pengislaman ilmu sains di Malaysia sejak penubuhannya. Ia juga menganalisis metodologi yang digunakan ASASI dalam melaksanakan program Islamisasi sains. Kajian ini telah mengaplikasi pendekatan kualitatif sebagai reka bentuk kajian dan menggunakan metode analisis kepustakaan terhadap karya-karya terpilih oleh para ilmuwan terkenal ASASI. Kajian lapangan juga dilaksanakan melibatkan temu bual dan pemerhatian kegiatan yang dianjurkan ASASI. Kajian mendapati ASASI masih aktif dalam menjalankan program pengislaman ilmu sains. Ia merupakan antara wadah akademik oleh ahli sarjana dalam bidang sains mengetengahkan hasil penyelidikan mereka dalam bidang pengislaman ilmu sains. Metodologi pengislaman sains oleh ASASI ialah sintesis ilmu, pemeribumian ilmu dan sains tauhidik. Kajian menunjukkan peranan ASASI amat penting dalam program pengislaman ilmu di Malaysia. Kejayaan ASASI akan memberi sumbangan besar terhadap pemerkasaan sains Islam sebagai salah satu teras ke arah pembinaan tamadun Islam terutama di Malaysia di masa depan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 187
Call Number: BP190.5.S3N335 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129591+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.