Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458441
Title: Kekuatan ketenteraan Kerajaan Songhay (1464-1592M) dalam usaha perluasan Wilayah di Afrika Barat
Authors: Wan Mohd Amirol Ashraf Wan Mohd Badruddin (P92947)
Supervisor: Ezad Azraai Jamsari
Keywords: Songhai Empire -- History
Africa
West -- History
Africa -- Songhai Empire
Military history -- Africa
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  18
Description: Kerajaan Songhay ialah sebuah kerajaan Islam yang terletak di Afrika Barat dan wujud semenjak abad ke-8M. Kerajaan ini mula muncul sebagai kuasa politik yang dominan di wilayah Afrika Barat berikutan kemerosotan Kerajaan Mali pada pertengahan abad ke-15M. Kebanyakan kerajaan di Afrika Barat membina kekuatan ketenteraan mereka dengan tujuan untuk memperluaskan wilayah dan mempertahankan dominasi kekuasaan mereka, misalannya Kerajaan Songhay pada era Sonni Ali dan Askiya Muhammad. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti sejarah kemasukan dan perkembangan Islam di wilayah Afrika Barat hingga abad ke-13M, di samping mengamati perkembangan politik dan pemerintahan di Afrika Barat dari abad ke-11M hingga abad ke-16M. Kajian ini juga bertujuan untuk mencerakinkan kekuatan ketenteraan yang wujud dalam Kerajaan Songhay, di samping menganalisis proses perluasan kuasa Kerajaan Songhay di Afrika Barat. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, maklumat kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer dan sekunder yang relevan. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan dalaman bersesuaian dengan metode sejarah. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa kekuatan ketenteraan Kerajaan Songhay terserlah menerusi pencerakinan retrospektif berkaitan perihal nuansa ketenteraan di Afrika Barat, sistem organisasi ketenteraan Kerajaan Songhay, pembaharuan ketenteraan era Askiya Muhammad dan juga strategi perang Kerajaan Songhay. Dengan berbekalkan kekuatan ketenteraan yang dimiliki kerajaan Songhay kerajaan ini berjaya mengusahakan beberapa siri kempen perluasan wilayah di Afrika Barat. Antara usaha perluasan wilayah tersebut yang digerakkan ialah ekspedisi ketenteraan pada zaman pemerintahan Sonni Ali (1464-1492M) ke wilayah tengah Niger serta ke wilayah Mossi. Manakala pada zaman pemerintahan Askiya Muhammad (1493-1528M), ekspedisi ketenteraan kerajaan Songhay digerakkan pula ke wilayah timur Gao dan wilayah barat di Afrika Barat. Sementara itu, pemerintahan Askiya Dawud (1549-1582M) menyaksikan pelancaran siri ekspedisi ketenteraan yang berjaya meningkatkan perbendaharaan Kerajaan Songhay. Kajian ini berupaya mendukung pengetahuan dalam kalangan para pengkaji sejarah dan tamadun Islam di Afrika Barat berkenaan pemerihalan kekuatan ketenteraan Songhay dan usaha perluasan wilayah yang dilakukan kerajaan ini di Afrika Barat. Kajian ini turut memberi pencerahan dan pemerian terhadap isu relatif dan signifikan dalam bidang sejarah ketenteraan Islam ketika era Kerajaan Songhay.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 179
Call Number: DT532.27.W345 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129517+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
705.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.