Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458439
Title: Dakwah Majlis Ilmu dan Amal Al Burdah Baa Khaalish 2002
Authors: Affan Zahidi Azan Akbar (P93697)
Supervisor: Khazri Osman, Dr.
Keywords: Da'wah (Islam)
Majlis Ilmu dan Amal Al Burdah Baa Khaalish 2002
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  23
Description: Sebelum kemunculan Majlis Ilmu dan Amal Al Burdah Baa Khaalish 2002 di Bengkalis belum terdapat majlis yang menggabungkan antara majlis ilmu dan amal dalam satu majlis. Yang ada hanyalah majlis-majlis taklim yang memfokuskan kepada aktiviti dakwah dengan kaedah ceramah agama dan aktiviti amaliah kampung. Sehingga kemunculannya dengan beragam aktiviti dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Bengkalis. Selain itu, penerimaan masyarakat Bengkalis pada awalnya kurang baik dan menganggap majlis tersebut merupakan ajaran baharu kerana aktiviti yang dijalankan dianggap berbeza pada umumnya. Majlis ini juga menghadapi beberapa cabaran daripada dalaman majlis mahupun daripada luaran. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti aktiviti dakwah yang dijalankan oleh Majlis Ilmu dan Amal Al Burdah Baa Khalish 2002. Kemudian, kajiian ini juga menganalisis penerimaan masyarakat terhadap aktiviti dakwah dan juga mengkaji cabaran dakwah yang dihadapi serta cadangan penyelesaiannya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan lapangan yang mempunyai reka bentuk kajian etnografi. Dalam mengumpulkan data, pengkaji menggunakan kaedah temu bual separa struktur. Hasil kajian mendapati bahawa majlis ini memiliki dua aspek. Pertama adalah aspek ilmu. Kedua, aspek amal. Penerimaan masyarakat pada awalnya ada yang menolak kerana kefahaman mereka yang kurang tentang aktiviti majlis. Adapun cabaran yang dihadapi majlis ini terbagi menjadi dua. Pertama, cabaran yang berasal daripada dalaman majlis. Kedua, cabaran luaran majlis. Penyelesaian cabaran yang diterima oleh majlis ini dilakukan dengan cara bermusyawarah bersama para jamaah. Kajian ini memberikan implikasi kepada pengurusi dan semua jamaah Majlis Ilmu dan Amal Al Burdah Baa Khaalish 2002 dengan adanya majlis ini, pengajian kitab dan pengamalan amal ini boleh menumbuhkan rasa ketaatan kepada Allah SWT dan menumbuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Implikasi kepada Pemerintah Daerah (PEMDA) dan Kementerian Agama (KEMENAG) Kabupaten Bengkalis untuk dapat bekerjasama dengan majlis dalam menumbuhkan idea-idea dakwah baharu ke masyarakat dengan pola atau pendekatan baharu, dan terakhir implikasi kepada ilmu dan pemikiran adalah menumbuhkan konsep baharu terkait dakwah Islamiah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 139
Call Number: BP170.85.A35 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129515+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.