Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458438
Title: Penilaian indikator keamanan Global Peace Index berpandukan perspektif pemikiran Islam
Authors: Rasyidah Mat Zin (P87161)
Supervisor: Zul'azmi Yaakob, Dr.
Keywords: Peace -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  16
Description: Institute for Economics & Peace (IEP) telah mengeluarkan Global Peace Index (GPI) yang mengukur tahap keamanan negara secara tahunan. Indeks tersebut menjadi kayu ukur kepada negara dan pemain-pemain industri dalam menilai prestasi negara di dunia. Keamanan merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia sama ada dalam pembangunan negara, pembentukan masyarakat dan juga individu. Kajian ini bertujuan menganalisis konsep keamanan yang terdapat dalam Global Peace Index (GPI) dari perspektif pemikiran Islam. Bagi mendapatkan hasil tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan. Data dan dokumen dikumpul dan dianalisa menggunakan kaedah analisis konseptual dan analisis relasional. Data diperoleh menerusi analisis dokumen seperti laporan Global Peace Index (GPI), tesis, disertasi, artikel dan laman web pengkalan data. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan jawapan objektif dan persoalan kajian. Hasil penelitian terhadap indikator keamanan berdasarkan GPI mendapati bahawa keamanan dinilai berdasarkan pencapaian material dan berpusatkan negara semata. Manakala keamanan dalam perspektif Islam melihat keamanan yang melibatkan sikap, moral, keamanan sosial, kesejahteraan masyarakat perlu diambil kira dalam menilai tahap keamanan sesebuah negara. Matlamat keamanan dalam perspektif Islam adalah keamanan dan ketenteraman jiwa yang membawa kepatuhan kepada Allah. Implikasi kajian menunjukkan indikator dalam mengukur keamanan global perlu mengambil kira indikator keselamatan insan dan indikator yang berkaitan tahap pemerksaan masyarakat dalam mengukur tahap keamanan global.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 115
Call Number: BP190.5.P34R347 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458438
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129514+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
832.91 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.