Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458437
Title: Perbandingan tawanan pemikiran Hamka dan Sayyid Qutb dalam catatan kembara ke Amerika
Authors: Nurshuhadah Zuhaidi (P103448)
Supervisor: Firuz Akhtar Mohamad Bohari, Dr.
Keywords: Qutb
Sayyid
1903-1966
-- Political and social views
Hamka
1908-1981
-- Political and social views
Muslim scholars
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2021
Description: Hamka dari Indonesia dan Sayyid Qutb dari Mesir merupakan pemikir Islam moden abad ke-20 yang mengembara ke Amerika. Menariknya, kedua-dua tokoh pemikir Islam moden yang berbeza negara ini telah melawat ke Amerika dalam jangka masa yang hampir sama iaitu Sayyid Qutb pada tahun 1948 manakala Hamka pada tahun 1952. Sayyid Qutb menulis catatan kembara berjudul Amrika Allati Ra'aytu manakala catatan kembara Hamka berjudul 4 Bulan di Amerika. Catatan kembara tersebut merupakan karya asli yang menzahirkan pandangan mereka sebagai tokoh pemikir Islam moden abad ke-20 terhadap kuasa terbesar Barat ketika itu iaitu Amerika. Meskipun kedua-dua karya tersebut merupakan catatan kembara mengenai Amerika namun terdapat perbezaan yang ketara antara keduanya. Catatan kembara Hamka bersifat imbauan sejarah manakala catatan kembara Sayyid Qutb dilihat lebih bersifat kritikan terhadap Amerika. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan tawanan pemikiran Hamka dan Sayyid Qutb menerusi catatan kembara mereka sekaligus membandingkan tawanan pemikiran tersebut. Kajian ini bersifat kualitatif yang mengetengahkan kaedah analisis tekstual berpandukan Teori Realisme oleh Georg Lukacs. Kajian ini mendapati bahawa pemikiran Hamka dan Sayyid Qutb tertawan dengan dua aspek iaitu semangat nasionalisme dan agama. Seterusnya analisis perbandingan dilakukan ke atas tawanan pemikiran mereka bagi melihat persamaan dan perbezaannya menggunakan teori yang sama. Tawanan pemikiran dalam kajian ini tidak terbatas kepada tawanan yang berkonotasi negatif sahaja malah meliputi juga tawanan daripada sudut positif. Berdasarkan Teori Realisme Georg Lukacs, setiap pemikiran pengkarya mempunyai makna tersirat. Makna tersirat di sebalik tawanan pemikiran Hamka dan Sayyid Qutb terhadap semangat nasionalisme ialah kedua-duanya ingin memperjuangkan keistimewaan negara masing-masing. Seterusnya, makna tersirat di sebalik tawanan pemikiran Hamka dan Sayyid Qutb terhadap agama ialah mereka mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama. Penulisan ini memberikan pemahaman yang mendalam tentang kajian mengenai tawanan pemikiran khususnya dalam bidang sastera kembara. Diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan rujukan khususnya dalam kajian sastera kembara dan kesusasteraan Islam bandingan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 141
Call Number: BP70.N837 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129509+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.