Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458427
Title: Tahap penggunaan masdar sarih dan masdar muawwal dalam kalangan pelajar prasiswazah Fakulti Pengajian Islam
Authors: Beni Husmansyah (P90060)
Supervisor: Hakim Zainal
Keywords: Arabic language -- Noun
Arabic language -- Inflection
Arabic language -- Word formation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  6
Description: Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang lepas, ramai pelajar di peringkat menengah yang masih lagi tidak memahami beberapa perkara berkaitan masdar. Antaranya, kefahaman berkaitan dengan masdar sarih dan masdar muawwal. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan antara masdar sarih dengan masdar muawwal. Kajian juga menganalisis tahap kebolehan pelajar Prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam membezakan pola masdar sarih dan masdar muawwal dan seterusnya untuk menganalisis tahap penggunaan masdar sarih dan masdar muawwal dalam kalangan pelajar tersebut. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dianalisis secara deskriptif. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 220 orang pelajar daripada pelajar Prasiswazah tahun satu, semester satu sesi 2018/2019, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen ujian bertulis. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Program Social Science (SPSS) versi 18. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebolehan pelajar dalam membezakan pola masdar sarih dan masdar muawwal adalah sangat baik. Manakala tahap pelajar dalam menggunakan masdar sarih dan masdar muawwal adalah lemah. Secara keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan pelajar mempunyai masalah dalam memahami dan menggunakan masdar sarih dan masdar muawwal. Hasil daripada kajian ini diharap dapat memberikan manfaat dan panduan kepada guru sekolah menengah dalam merancang kaedah pengajaran masdar sarih dan masdar muawwal dalam kalangan pelajar, dan juga diharap dapat membantu pensyarah untuk meningkatkan penggunaan masdar sarih dan masdar muawwal dalam kalangan pelajar Prasiswazah di peringkat institusi pengajian tinggi.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 118
Call Number: PJ6142.B436 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129372+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.