Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458421
Title: Revolusi Arab (1916-1918) : peranan British dan kesannya terhadap semenanjung Arab dan kerajaan Uthmaniyah
Authors: Nurul Abrar Md Isa (P93707)
Supervisor: Napisah Karimah Ismail, Dr.
Keywords: Hejaz (Saudi Arabia) -- History
Hejaz (Saudi Arabia) -- Foreign relations -- United Kingdom
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  5
Description: Revolusi Arab yang dinisbahkan kepada 'al-Thawrah al-'Arabiyah al-Kubra' merupakan sebuah gelombang kebangkitan yang dicetuskan oleh Syarif Husain di Hijaz pada tahun 1916 untuk menuntut kemerdekaan wilayah-wilayah Arab yang berada di bawah naungan Kerajaan Uthmaniyah. Meskipun revolusi yang menggugat hubungan 400 tahun antara Kerajaan Uthmaniyah dan Hijaz ini dilaksanakan untuk merealisasikan aspirasi orang-orang Arab, namun terdapat beberapa rundingan, peristiwa dan misi ketenteraan yang dijalankan turut melibatkan kuasa British demi mencapai kepentingan mereka. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka sejarah latar belakang interaksi tiga hala antara British, Hijaz dan Kerajaan Uthmaniyah, mengkaji peranan British semasa Revolusi Arab tercetus dan menganalisis kesan Revolusi Arab terhadap Semenanjung Arab dan Kerajaan Uthmaniyah dalam dimensi politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Kajian ini mengaplikasikan metode kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dengan bertunjangkan kaedah analisis kandungan dan kaedah tematik daripada sumber primer dan sekunder. Kajian mendapati bahawa sudah wujud hubungan antara British, pemimpin Hijaz dan Kerajaan Uthmaniyah sebelum revolusi tercetus. Kejayaan 'al-Thawrah al-'Arabiyah al-Kubra' di Semenanjung Arab ternyata ditunjangi oleh peranan dan strategi yang dimainkan oleh pegawai-pegawai British melalui jalinan kerjasama dengan pemimpin dan kabilah Arab, penubuhan biro dan polisi yang khusus, pelaksanaan taktik perang gerila serta mobilisasi bantuan maritim, kelengkapan perang dan kewangan. Kejayaan revolusi ini sebaliknya mencetuskan kesan yang fundamental terhadap konflik pembahagian wilayah-wilayah Arab dan keruntuhan Kerajaan Uthmaniyah. 'Al-Thawrah al- 'Arabiyah al-Kubra' turut berperanan dalam membenihkan persepsi negatif sesama masyarakat Turki dan Arab kerana ia dipotretkan sebagai sebuah tragedi yang traumatik dalam ingatan sosial mereka yang seterusnya mempengaruhi pembinaan identiti kedua-dua belah pihak.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 242
Call Number: DS247.H47N598 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129357+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
803.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.