Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458420
Title: Kedudukan riwayat Asbab al-Nuzul surah al-Baqarah dalam tafsir Tarjuman al-Mustafid
Authors: Nazori Ab Rahman (P91540)
Supervisor: Mohd Nazri Ahmad, Dr.
Keywords: Qur'an -- Hermeneutics
Qur'an -- History of Qur'anic events
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  15
Description: Tarjuman al-Mustafid garapan intelektual Syeikh CAbd al-Rauf merupakan tafsir berbahasa Melayu yang pertama, telah menatijahkan khazanah ilmiah untuk umat Islam Nusantara, dahulu dan kini. Pengkaryaan Tarjuman al-Mustafid berorientasikan terjemahan dan tafsiran ayat, catatan Asbab al-Nuzul, perbincangan qiraat dan nukilan Israilliyat. Penelitian terhadap nukilan Asbab al-Nuzul Surah al-Baqarah dalam Tarjuman al-Mustafid dikemukakan tanpa sanad dan tanpa penilaian terhadap periwayatannya sama ada sahih atau daᶜif. Maka sewajarnya teks tersebut yang tidak diketahui statusnya perlu dilakukan pemeriksaan dan penelitian mengikut disiplin ilmu hadith. Oleh itu kajian terhadap nukilan Asbab al-Nuzul dalam karya ini dilakukan untuk menjawab persoalan tersebut. Penyelidikan dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif berikut; mengetahui metodologi penulisan Asbab al-Nuzul, menganalisis kedudukan riwayat atau status Asbab al-Nuzul dan menjelaskan kesan riwayat Asbab al-Nuzul yang daᶜif terhadap pentafsiran ayat. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan terhadap Tarjuman al-Mustafid dan sumber sekunder yang lain. Kemudian, data dianalisis untuk mengenal pasti sumber asal teks Asbab al-Nuzul dan disusuli dengan takhrij dan tashih terhadap periwayatannya. Hasil kajian mendapati teks Asbab al-Nuzul Tarjuman al-Mustafid ditulis secara terjemahan tafsiran, terjemahan harfiah dan terjemahan bebas berdasarkan karya tafsir muktabar. Syeikh CAbd al-Rauf mengemukakan 48 teks Asbab al-Nuzul surah al-Baqarah yang berjumlah 50 riwayat. Dapatan menunjukkan status riwayat Asbab al-Nuzul adalah 18% sahih, 8% hasan, 58% daᶜif dan 8% daᶜif jiddan. Selebihnya 8% tidak diketahui statusnya kerana tidak ditemui sanad. Data periwayatan daᶜif dan daᶜif jiddan mengatasi periwayatan sahih menimbulkan persoalan tentang keabsahan sumber Tarjuman al-Mustafid. Kajian ini memberi input dan panduan berguna kepada masyarakat untuk mengenalpasti nukilan riwayat Asbab al-Nuzul. Secara tuntasnya, implikasi kajian ini memberi kesedaran tentang kepentingan merujuk riwayat sahih apabila membuat pentafsiran ayat-ayat al-Quran.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 156
Call Number: BP130.32.N344 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129356+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.