Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458418
Title: Gaya bahasa uslub al-raja' sebagai pendekatan dakwah dalam karya La tahzan
Authors: Syazwani Mohd Mutaridi (P95474)
Supervisor: Khazri Osman, Dr.
Keywords: Self-help techniques -- Religious aspects -- Islam
Self-actualization (Psychology) -- Religious aspects -- Islam
Quality of life -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  26
Description: Bahasa berperanan sebagai medium utama dalam penyampaian dakwah. Kekangan dari aspek penyampaian dan penguasaan bahasa menyebabkan usaha dakwah menjadi semakin mencabar. Dakwah bukan sekadar menyeru, malah memberi harapan (al-raja') yang positif dan berbentuk motivasi kepada madcu. La Tahzan merupakan karya yang paling popular al-Qarni didapati menggunakan uslub al-raja' dalam penulisannya. Peranan dakwah melalui gaya bahasa uslub al-raja' ' bertujuan mengetengahkan pendekatan dakwah yang terdapat dalam uslub al-raja' sebagai panduan dai dan madcu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti gaya bahasa uslub al-raja' dan menganalisis penggunaan gaya bahasa uslub al-raja' dalam karya La Tahzan serta menganalisis peranan gaya bahasa uslub al-raja' ini dengan dakwah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. uslub al-raja' diterjemahkan seterusnya dianalisis menggunakan teori stilistik. Hasil kajian ini secara keseluruhannya mendapati bahawa peranan dai dalam penyampaian dakwah sangat penting terutama dalam penggunaan bahasa melalui uslub al-raja' . Menerusi uslubb ini, para dai boleh meningkatkan kualiti dakwah supaya lebih baik, sempurna dan berkesan. Selain itu, gaya bahasa yang digunakan perlu selari dengan pengharapan yang diinginkan madcu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa sebanyak 26 uslub al-raja' terdapat dalam karya La Tahzan yang merangkumi penggunaan casa sebanyak sembilan kali, lacalla sembilan kali dan uslubb doa lapan kali. Kesemuanya telah ditampilkan dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati pandangan sarjana. Kajian ini mencadangkan agar gaya bahasa uslub al-raja' diketengahkan sebagai panduan kepada dai dalam berdakwah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 123
Call Number: BP170.85.S975 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129354+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.