Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458417
Title: Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penguasaan ilmu tajwid
Authors: Mastura Ahmad @ Muhammad (P92658)
Supervisor: Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
Keywords: Qur'an -- Recitation
Qur'an -- Readings
Students -- Malaysia -- Attitudes
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  7
Description: Ilmu Tajwid merupakan ilmu asas yang wajib dipelajari dan diamalkan ketika membaca al-Quran. Namun, masih ramai dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak menyedari kepentingan ilmu tajwid walau pun ilmu ini telah dipelajari sejak kecil lagi. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesediaan pelajar Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap penguasaan ilmu tajwid. Juga menganalisis kolerasi antara tahap pengetahuan dan sikap pelajar dengan amalan pelajar dalam penguasaan ilmu tajwid. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Seramai 161 orang pelajar Kejuruteraan USM telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah Persampelan Berstrata (Stratified Sampling). Tahap kesediaan pelajar dinilai berdasarkan tiga aspek utama iaitu pengetahuan, sikap dan amalan. Data analisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Keputusan analisis deskriptif mendapati tahap kesediaan pelajar dari sudut pengetahuan ilmu tajwid berada pada tahap sederhana (min= 3.12, SP= 0.258). Bagi sikap dan amalan pun pada tahap sederhana dengan skor masing-masing 2.85 (SP=0.17) dan 3.17 (SP=.19). Analisis secara inferensi pula menggunakan kaedah kolerasi pearson bagi mengenalpasti perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan pelajar berdasarkan pengetahuan dan sikap dengan amalan. Keputusan kaedah kolerasi pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan bagi pengetahuan dengan amalan pelajar. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan pelajar terhadap sikap dengan amalan. Secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan tentang ilmu tajwid namun tidak diaplikasi dan dikembangkan sepenuhnya. Maka, mereka perlu merubah sikap yang sedia ada dengan menjaga amalan seperti adab-adab sebelum, semasa dan selepas membaca al-Quran. Kesimpulannya, bagi memantapkan penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan pelajar maka pendidikan al-Quran perlu diberikan penekanan kepada mereka sejak kecil lagi agar sikap dan amalan mereka seiring dengan pengetahuan mereka terhadap ilmu tajwid.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 86
Call Number: BP131.6.M355 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129158+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.