Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458416
Title: Tahap kesediaan tadabbur al-Quran dalam kalangan pelajar di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Authors: Maisarah Thulhuda Mat Jafri (P93612)
Supervisor: Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr.
Keywords: Qur'an -- Hermeneutics
Students -- Malaysia -- Attitudes
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  2
Description: Penerapan tadabbur al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz berpotensi meningkatkan kualiti hafazan. Namun begitu, amalan tadabbur masih berada pada tahap sederhana dan belum diaplikasikan secara menyeluruh oleh pelajar. Keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat kekangan dalam kesediaan pelajar untuk mentadabbur ayat semasa menghafal al-Quran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan pelajar tahfiz di Darul Quran JAKIM terhadap tadabbur al-Quran berdasarkan aspek pengetahuan tadabbur, amalan tadabbur, sikap untuk tadabbur dan alat bantu untuk tadabbur. Pemilihan aspek ini adalah berasaskan perkara-perkara yang membantu membina kesediaan diri untuk tadabbur al-Quran. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah kajian tinjauan. Data kajian pula diperoleh melalui edaran borang soal selidik ke atas 260 orang pelajar Darul Quran JAKIM berdasarkan 52 item yang telah diubah suai daripada kajian terdahulu. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, amalan, sikap dan alat bantu untuk tadabbur al-Quran dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, penekanan perlu diberikan kepada aspek pemilihan waqaf dan ibtida, amalan berdoa, respons terhadap ayat, menghidupkan solat malam dan penggunaan media digital sebagai alat bantu tadabbur. Implikasi kajian ini dapat membantu pihak berkepentingan untuk menerapkan tadabbur al-Quran sebagai salah satu keutamaan ketika menghafal al-Quran. Selain itu, galakkan dan dorongan dalam menjadikan tadabbur sebagai elemen dalam pembelajaran tahfiz juga perlu diberi perhatian.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 95
Call Number: BP130.4.M3364 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129157+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.