Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458415
Title: Konsep tijārah dalam al-quran menurut tafsir tematik (mawḍūī) : kajian amalan perniagaan Bina Integrated Industries Sdn. Bhd. (Bina Paint)
Authors: Naimah Ruzi (P87104)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Business -- Religious aspects -- Islam
Economics -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  17
Description: Islam adalah agama terunggul kerana mempunyai panduan dari segala sudut kehidupan termasuk urusan ekonomi dan perniagaan. Namun, di Malaysia masih banyak perniagaan muslim yang terlibat dengan salah laku seperti rasuah, menipu dan penggunaan tangkal. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti ayat-ayat bertema perniagaan (tijārah) yang terdapat di dalam Al-Quran. Istilah utama yang menjadi fokus kajian ini adalah kalimah tijārah dan kalimah seerti dengannya iaitu baic dan shira' di dalam Al-Quran. Bagi mengkaji pelaksanaan contoh dalam bidang industri, pengkaji meneliti sebuah perniagaan muslim yang mengamalkan konsep patuh syariah. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes tunggal. Kajian ini dijalankan ke atas Syarikat Bina Integrated Industries Sdn Bhd (Bina Paint) yang ingin menjadi perintis amalan patuh syariah dalam bidang cat di Malaysia malah di dunia. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temu bual dan analisis dokumen serta kaedah pemerhatian sebagai kaedah sokongan. Hasil kajian mendapati, persijilan pengurusan berasaskan syariah iaitu MS 1900: 2014 adalah jalan terbaik untuk mengaplikasi konsep tijārah dalam realiti perniagaan di Malaysia. Sijil ini adalah sijil lanjutan yang dikeluarkan oleh SIRIM bagi pemohon yang telah melepasi piawaian standard asas pengurusan organisasi. Sijil pengurusan berasaskan syariah ini meliputi seluruh aspek perniagaan termasuk pengurusan, kewangan, pengeluaran, pemasaran dan sebagainya. Walaupun kos mendapatkan sijil ini menelan belanja yang besar akan tetapi ia memberi kepuasan yang tinggi buat pemiliknya serta meningkatkan kualiti keseluruhan pengurusan perniagaan tersebut. Tambahan pula konsep pengurusan berasaskan syariah ini mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Sumbangan kajian ini adalah sebagai sumber kajian yang meninjau lapangan sebenar untuk melihat pelaksanaan konsepi tijārah daripada Al-Quran dalam sebuah industri muslim di Malaysia. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadrujukan Bina Paint untuk menambah baik manual syariah syarikat. Selain itu, kajian ini boleh menjadi asas kepada syarikat seumpamanya untuk menjalankan perniagaan mengikut piawaian patuh syariah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 187
Call Number: HF5388.N335 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129156+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.