Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458403
Title: Amalan spiritual dan perubahan emosi wanita hamil luar nikah di Pusat Perlindungan Baitus Solehah Johor
Authors: Najwa Ahmad Basir (P88672)
Supervisor: Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Spiritual healing -- Islam
Sufism -- Psychological aspects
Pregnancy
Unwanted -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  3
Description: Spiritual merupakan kekuatan dalaman yang menghubungkan seorang muslim kepada Allah SWT. Spiritual dan emosi adalah dua elemen yang ada dalam diri manusia dan saling berkait antara satu sama lain. Seseorang yang mempunyai kekuatan spiritual yang tinggi mampu mengawal emosi agar berada dalam keadaan yang tenang dan baik walaupun ketika diuji sesuatu ujian atau musibah. Bagi wanita yang hamil luar nikah, kecelaruan emosi akan mudah terjadi sekiranya mereka tidak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang betul bagi mengawal emosi tersebut. Oleh itu amalan spiritual amat penting dalam membimbing dan membantu wanita yang hamil luar nikah bagi mendapatkan keadaan emosi yang lebih baik. Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti amalan spiritual yang diberikan kepada pelatih di Pusat Perlindungan Baitus Solehah, mengenalpasti emosi wanita yang hamil luar nikah dan mengenalpasti amalan spiritual yang membantu wanita hamil luar nikah untuk mendapatkan emosi yang lebih baik. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif. Responden dalam kajian ini dipilih secara persampelan bertujuan ke atas 43 orang pelatih di Pusat Perlindungan Baitus Solehah. Hasil kajian mendapati antara amalan spiritual yang diterapkan di Pusat Perlindungan Baitus Solehah adalah solat fardhu berjemaah, qiyamullail, solat-solat sunat, membaca dan mendengar bacaan al-Quran, berzikir, berselawat dan bersedekah. Selain itu, hasil kajian juga mendapati amalan spiritual yang paling kerap diamalkan oleh responden ialah berzikir, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan seterusnya amalan mendengar bacaan al-Quran. Analisis data menunjukkan rasa bersalah dan takut merupakan antara emosi yang paling dominan yang dirasai setelah hamil luar nikah. Seterusnya, responden bersetuju bahawa dengan membaca al-Quran dan berselawat mampu menjadikan emosi mereka lebih baik. Perubahan emosi yang paling ketara setelah responden mengamalkan amalan spiritual ialah responden menjadi individu yang lebih tenang, bersyukur dan bertambah rasa takut akan neraka. Kajian ini amat penting untuk mengetahui amalan spiritual yang membantu wanita yang hamil luar nikah untuk mendapatkan emosi yang lebih baik. Selain itu, kajian ini membantu masyarakat untuk mengetahui perasaan dan emosi yang dirasai oleh mereka yang hamil luar nikah agar pihak-pihak berwajib khususnya dan masyarakat amnya dapat membantu mereka yang terlibat dalam masalah ini untuk bertaubat dan berubah menjadi insan yang lebih baik.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 120
Call Number: BP189.65.F35N335 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129051+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.