Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458396
Title: | Amalan dan teknologi hijau serta pelaksanaannya di masjid |
Authors: | Faiznur Fatin Ishak (P87039) |
Supervisor: | Ibnor Azli Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Green -- technology Mosques Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21 |
Description: | Isu alam sekitar mendapat liputan luas dewasa ini. Ia juga melibatkan peningkatan suhu bumi dan perubahan iklim dunia. Oleh hal yang demikian, satu solusi terbaik mesti difikirkan agar bumi ini kekal lestari. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti konsep amalan hijau dan teknologi hijau. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji amalan hijau dan teknologi hijau menurut syariah selain menganalisis amalan hijau dan teknologi hijau yang boleh diamalkan di masjid. Kajian ini melibatkan dua buah masjid dan sebuah surau masing-masing mewakili pengamalan amalan hijau dan pengaplikasian teknologi hijua. Reka bentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah analisis kandungan, temu bual separa struktur dan kajian pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak potensi yang dapat dikembangkan dan dimanfaatkan sekiranya masjid melaksanakan amalan hijau dan mengaplikasikan teknologi hijau. Beberapa cadangan telah dinyatakan di akhir disertasi ini. Kajian ini boleh menyumbang maklumat lengkap tentang pendirian syarak dan kepentingan teknologi hijau dan amalan hijau dalam pembangunan alam sekitar dan diimplimentasikan di masjid. Ia juga boleh menjadi titik mula kepada kajian-kajian mengenai amalan hijau dan teknologi hijau yang boleh diaplikasikan di masjid-masjid di Malaysia,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 94 |
Call Number: | GE196.F335 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129044+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.