Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458383
Title: Perubahan status tanah adat di Negeri Sembilan menurut perspektif syarak
Authors: Nur Amirah Azaldin (P90187)
Supervisor: Mat Noor Mat Zain, Dr.
Keywords: Customary law (Islamic law) -- Malaysia -- Negeri Sembilan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  29
Description: Tanah adat di Negeri Sembilan berasaskan adat perpatih yang mempunyai peraturan tertentu. Namun, apabila berlaku beberapa perubahan kepada tanah adat dengan kerajaan mengambil alih maka timbul isu, iaitu dari segi status tanah, pampasan dan keperluan diganti dengan tanah lain atau tidak. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti status tanah adat di Negeri Sembilan menurut perspektif ulama dan sarjana Islam semasa. Selain itu, untuk mengkaji status perubahan tanah adat setelah pengambil alihan tanah adat oleh pihak kerajaan menurut perspektif Islam. Kemudian, untuk mengkaji kedudukan bayaran dan pampasan oleh pihak kerajaan kepada pemilik tanah adat menurut perspektif Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan dan temubual pegawai tanah adat. Analisis dokumen dilakukan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa seseorang yang memiliki tanah adat maka akan dikecualikan daripada hukum pusaka Islam faraid dan pusaka adat seperti Enakmen Pemegangan Adat Bab 215 dan Enakmen Pemegangan Tanah Adat (Lengkongan) 1960 berdasarkan Akta Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 90 (1A), Perkara 76(4), Perkara 150, dan Perkara 160A yang sejajar dengan al-cadah al-muhakkamah. Tanah adat tersebut sebenarnya diberikan kepada pemilik sebagai pemegang amanah sahaja dan akan diberikan kepada ahli waris selepasnya sebagai pemegang amanah. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa pengambilan tanah adat di Negeri Sembilan oleh pihak kerajaan adalah dibenarkan sekiranya bertujuan untuk kegunaan awam berdasarkan kepada seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960. Begitu juga dengan pengagihan pampasan dalam bentuk sejumlah wang mengikut nilai harga pasaran tanah diberikan hanya kepada pemilik tanah adat (pemegang amanah) yang terlibat dengan pengambilan tanah berdasarkan kepada Perkara 13 dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan wang pampasan tersebut akan dimiliki oleh pemilik tanah adat iaitu perempuan. Dengan ini kajian menunjukkan bahawa status tanah adat boleh berubah menjadi pemegang amanah setelah mendapat persetujuan Ketua Adat dan ahli suku yang lain. Implikasi kajian ini mengharapkan agar ia dapat memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat seperti di pejabat tanah Negeri Sembilan dan Pihak Berkuasa Negeri.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 180
Call Number: BP158.C8.N8376 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128394+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.