Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458382
Title: Tradisi posan masyarakat Islam wetu telu di Lombok menurut perspektif Al-Qur'an dan al-Sunnah
Authors: Hasan Asy' ari Najmuddin (P95445)
Supervisor: Mohd Arif Nazri, Dr.
Keywords: Ethnology -- Indonesia -- Lombok
Rites and ceremonies -- Indonesia -- Lombok
Islam -- Indonesia -- Lombok
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  17
Description: Masyarakat Islam Dusun Rentang merupakan masyarakat yang kuat mengamalkan praktik agama, adat istiadat serta budaya tradisi tempatan yang sangat unik. Antara keunikan tersebut ialah tradisi Posan pada majlis khitan anak lelaki. Tradisi ini masih menebal dikalangan minoriti masyarakat iaitu generasi tua, bahkan dari aspek memenuhi tuntutan rukan agama yang lima, mereka tidak mengamalkannya secara lengkap sebagaimana kelaziman yang dipegang oleh masyarakat Islam lain. Faktor berdakwah secara bertahap yang digunakan pendakwah generasi terdahulu merupakan penyebab kepada pengamalan unik tersebut. Tradisi Posan merupakan tradisi yang dipercayai oleh mereka mampu membawa kepada keberkatan rezeki, kesejahteraan, keselamatan dalam menjalankan kehidupan, menurut mereka kegagalan melaksanakanya akan mengundang malapetaka penyakit bahkan kematian. Justeru meraka melihat upacara tradisi ini suatu kemestian. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejarah kedatangan Islam bagi memahami keunikan beragama dan tradisi Posan, mengkaji bentuk Posan dan corak amalannya dalam kepercayaan Islam serta menganalisis makna falsafahnya menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Rekabentuk kajian ialah berbentuk kajian kualitatif deskriptif dengan pendekatan etnografi dengan menggunakan kaedah seperti temubual, pemerhatian, dokumentasi, dan kaedah kepustakaan. Kemudian teknik analisis data seperti analisis domain, analisis taksonomi, analisis komponen, dan penemuan tema budaya. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa bentuk Posan dan corak amalan yang mengandungi unsur agama dan nilai sosial serta makna falsafah di sebalik amalan tradisi tersebut. Posan yang merupakan suatu bangunan berbentuk empat segi untuk melaksanakan upacara khitan. Corak keagamaan seperti Solat, Puasa, Zakat, Solat Jenazah dan ritual minta hujan (Perisean dan Nede). Sementra corak social budaya ditunjukkan dalam aktiviti gotong royong, pemakaian pakaian khas, perubatan tradisional (Bubus), penyebutan mantera (sastera lisan) dan pembuatan minyak (Jeleng Minyak). Sementara pelaksanaan tradisi Posan pada acara khitan dilaksanakan dalam beberapa tahap, iaitu Banjar (pengumpulan bantuan yuran daripada masyarakat), Boyaq Jelo (mencari hari/tarikh yang baik), Menyilaq (menjemput hadir), Begawe (ancara inti dalam tradisi Posan) dan Betanggepan (menyewa muzik tradisional etnik Sasak sebagai huburan). Kajian ini turut menyingkap makna falsafah daripada tradisi ini yang wujud dalam tiga dimensi iaitu penghormatan terhadap nenek moyang, makhluk ghaib dan sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT. Implikasi kajian ialah menjadi landasan dan pembekal data yang boleh dijadikan panduan kepada pendakwah atau da'i dalam menyusun dalam berdakwah kepada komuniti yang masih berpegang teguh terhadap kepercayaan Islam Wetu Telu pada masa akan datang.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 255
Call Number: GN635.I65H367 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128393+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.