Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458376
Title: Penilaian terhadap program dakwah NGO Islam kepada non Muslim
Authors: Muhamad A'riff Khushairi (P85788)
Supervisor: Muhamad Faisal Ashaari, Dr.
Keywords: Da'wah (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  20
Description: Di Malaysia, terdapat ramai non-Muslim dari pelbagai bangsa yang merupakan sasaran dakwah namun setakat ini masih sedikit dari kalangan mereka yang menerima Islam. Ini bermakna program dakwah yang dijalankan masih belum lagi mencapai tahap yang sepatutnya.Terdapat pelbagai usaha dakwah yang dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya NGO Islam. Setakat ini terdapat enam NGO Islam yang terkedepan dalam usaha ini iaitu PERKIM, MACMA, HCF, IOA, MRM dan UNITY. Walaubagaimanapun, jika dibandingkan usaha semua NGO ini dengan jumlah sasaran dakwah dari kalangan non-Muslim, usaha dakwah masih boleh dianggap minimum dan tenaga kerjanya yang terhad. Dengan pelbagai halangan yang ada ini, apakah program dakwah yang telah mereka laksanakan dan bagaimanakah kekuatan mereka dalam mendekati non-Muslim. Bagaimanakah pula pencapaian dalam usaha dakwah berkenaan? Oleh itu, kajian ini mengkaji pendekatan dakwah yang telah dilaksanakan, mengkaji aspek kekuatan mereka dalam mendekati non-Muslim dan menganalisis pencapaian yang mereka telah hasilkan dalam program dakwah berkenaan. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menggunakan metode temubual separa struktur bagi tujuan mendapatkan data berkaitan subjek kajian. Temubual telah dilakukan kepada pegawai dakwah yang bertugas di enam NGO Islam iaitu PERKIM, MACMA, HCF, IOA, MRM dan UNITY. Kajian mendapati setiap satu NGO ini telah melaksanakan usaha dakwah berdasarkan bidang tujahan dengan mengambil kira kemampuan dan kekangan masing-masing seperti street Dakwah, khidmat nasihat agama, kelas pengajian asas Islam, dialog antara agama dan Program Pembantu Pelancong Masjid. Setiap satu NGO ini mempunyai kekuatan yang tidak sama antara satu sama lain. Ini menyebabkan mereka perlu bekerja sama antara satu sama lain bagi menghasilkan gerak kerja dakwah yang lebih efektif. NGO Islam telah melaksanakan pelbagai usaha dakwah tetapi, usaha lebih pro aktif dengan pendekatan yang lebih strategik perlu dilaksanakan. Oleh itu, kajian mencadangkan agar penyelarasan dan kesatuan antara NGO Islam perlu diperkukuhkan untuk memperkasa program dakwah kepada non-Muslim.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 102
Call Number: BP170.85.M8334 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128361+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.