Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458372
Title: Strategi terjemahan aspek kesantunan bahasa dalam sari kata animasi Arab min qisas al-salihin
Authors: Wan Siti Fatimatul Akmal W. Hassan (P85152)
Supervisor: Suhaila Zailani@Ahmad, Dr.
Keywords: Politeness (Linguistics)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  21
Description: Sari kata berfungsi untuk membantu penonton memahami dan menghayati cerita yang ditonton dengan lebih baik. Ketidakupayaan penyari kata menguasai bahasa sasaran dan kurangnya pengetahuan secara langsung tentang aspek sosiolinguistik terutama aspek kesantunan bahasa akan menghilangkan keberkesanan fungsi sari kata tersebut. Kajian ini bertujuan mengesan penanda kesantunan bahasa dan menganalisis aspek kesantunan bahasa yang digunakan dalam sari kata animasi Min Qiṣaṣ al-Ṣālihin . Selain itu, kajian juga menilai strategi terjemahan yang digunakan oleh penyari kata untuk menterjemah aspek kesantunan bahasa. Kajian ini berbentuk kualitatif dan analisis kandungan. Korpus utama kajian ini ialah sebuah video animasi Arab Min Qiṣaṣ al-Ṣālihin (MQS) yang diberi sari kata bahasa Melayu. Analisis kajian dilakukan secara deskriptif untuk memberi penjelasan kepada setiap penyataan masalah dan objektif yang dikaji. Kajian mendapati beberapa bentuk leksikal yang menjadi penanda kesantunan dalam aspek kesantunan bahasa digunakan dalam kajian ini. Selain itu, penggunaan ungkapan rabbani, kata ganti nama diri dan kata panggilan yang mengekalkan aspek kesantunan bahasa turut diterapkan dalam dialog sumber sehingga menjadikan animasi ini sesuai untuk menjadi tontonan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Kajian juga mendapati penyari kata berjaya mengekalkan aspek kesantunan bahasa dalam sari kata. Berpandukan strategi terjemahan Vinay dan Darlbernet (1995) dan strategi terjemahan komunikatif Newmark (1988), kajian mendapati penyari kata cenderung menggunakan terjemahan secara literal berbanding terjemahan bebas. Namun, gaya bahasa dan tatabahasa yang digunakan masih lagi menepati kesesuaian gaya bahasa sasaran. Bagi strategi terjemahan sari kata, penterjemah lebih cenderung untuk menggunakan strategi modulasi dan transposisi sekiranya melibatkan pengubahsuaian dalam sari kata. Strategi pengguguran pula digunakan sekiranya mesej tersebut hanya dilihat sebagai elemen tambahan. Kajian ini memberi implikasi kepada penyari kata dan penterjemah agar menitikberatkan aspek kesantunan bahasa dalam penghasilan sari kata. Stesen televisyen dan pengeluar filem asing perlu menyediakan penterjemahan sari kata yang bermutu bagi memudahkan penonton memahami sesebuah rancangan dengan lebih baik.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 178
Call Number: P299.H66W336 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458372
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126235+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.