Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458361
Title: Pengurusan halal JAKIM terhadap isu penularan produk halal di Malaysia
Authors: Mohd Farid Hadi Sharif (P91528)
Supervisor: Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Dr.
Keywords: Halal food industry -- Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  6
Description: Penggunaan teknologi media sosial dewasa ini telah membawa masyarakat kita kepada fasa interaktif di mana maklumat sering ditularkan di media sosial demi perkongsian dan pengetahuan bersama. Akan tetapi, fenomena ini menjana beberapa cabaran kepada pelbagai pihak, te rmasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ). Cabaran ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di dalam industri Halal kerana ia mampu membawa impak yang negatif terhadap kepercayaan utuh pihak awam ke atas kebolehan JAKIM dalam pengurusan pensijil an Halal Malaysia. Dalam usaha mengetengahkan isu dan cabaran tersebut, kajian ini mengkaji pengurusan Halal JAKIM terhadap isu penularan produk Halal di Malaysia. Ini termasuklah mengetahui produk produk Halal yang ditularkan dan langkah langkah pencegaha n yang telah diambil oleh JAKIM bagi membenteras atau membendung isu ini. Kesemua ini dijangka mendedahkan lagi peranan JAKIM dalam mengendalikan isu penularan produk Halal di Malaysia. Justeru, bagi mencapai objektif objektif kajian ini, pendekatan kualit atif berbentuk temubual separa berstruktur telah dijalankan bersama dengan kelima lima pegawai di Bahagian Pengurusan Halal JAKIM . Soalan berkaitan matlamat kajian ini telah ditujukan bagi mendapat penjelasan serta jawapan yang jelas dan lengkap. Data yang diperolehi kemudian dianalisa melalui kaedah analisa tematik di mana hasil penemuan mendedahkan bahawa peranan JAKIM sebagai pihak berkuasa berautoriti dalam pengurusan penularan isu Halal termaktub kepada dua tema: 'Pengeluaran Sijil Halal ' dan 'Undang u ndang'. Manakala produk yang sering ditularkan pula adalah 'Produk Makanan' yang mempunyai kriteria kriteria kecilan. Tambahan lagi, hasil analisa turut menunjukkan bahawa tema 'Medium' menjadi langkah langkah pihak JAKIM untuk menyelesaikan isu penularan produk Halal di laman sosial. Bagi kajian masa hadapan, kajian ini mencadangkan pendekatan kuantitatif dan pembolehubah yang lain untuk dimasukkan agar membolehkan lagi penyelidik mendedahkan masalah asas konsep penularan. Sumbangan kajian ini dilihat pent ing kepada JAKIM dalam menangani isu penularan secara lebih efektif di samping merancakkan lagi program kesedaran Halal JAKIM serta menjadikan JAKIM antara agensi contoh yang telah melaksanakan pengurusan berkesan dalam menangani penularan produk Halal di media sosial yang boleh diguna pakai pada masa hadapan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 146
Call Number: HD9334.M4.M845 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125607+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.